Hai semua. Cikla just nak share kegembiraan sebab baru dapat buah yang ketiga 2 minggu lepas. Macam dah lambat je nak update kan? Hehe. Tapi tak apalah, biar lambat asalkan selamat. Ye tak?
Gambar kat atas tu masa baby baru dilahirkan. Menurut ibunya, memang banyak cabaran sebelum melahirkan anaknya ini. Ibunya memang dah start rasa sakit sebelum nak raya lagi. Masuk hospital 2 kali.
Tapi, sampai hospital doktor check baru bukak 3cm dan bukaannya sangat lambat. Dah tu, lambat sangat bukak, doktor suruh balik. Sakit tetap rasa sakit, tapi bukaan still lambat.
Ibunya sempat gaklah buat ketupat, makan ketupat, beraya kat kampung mak dan makan biskut raya. Memang dia bagi "can" kat mak dia. Hehe.
Kalau ikutkan dah overdue pun time melahirkan tu. Tanggal 1 Ogos 2014 (sama bulan dengan cikla). Bermula dengan sakit dan keluar tanda (kalau tak silap cikla keluar darah rasanya), hantar pergi hospital (lepak semalam gaklah kat wad sebelum bersalin), jam 1.59 pagi Jumaat lahirlah dia ke dunia.
Itu pun nyaris-nyaris kena induce sebab ambulan dah standby nak bawak si ibu pergi hospital Sungai Buloh. Tapi, tak sempat pun. Hehehe. Walauapapun, syukur Alhamdullilah semuanya selamat.
Anak buahku yang ke-3... |
Inilah babynya. Diberi nama NURUL IRDINA SAFFURA. Lahir normal, berat masa lahir 3.5 kg. Menurut ibunya lagi, masa melahirkan baby Dina ni ibunya tak jahit pun sebab tak koyak banyak, melecet-lecet je kot. Syukurlah. Rezeki ibunyalah tu.
Anak buahku yang ke-3... |
Yang kat atas ni lak gambar setelah 14 hari berpantang. Jap je kan. Pusatnya pun jatuh jap je. 3 hari dah jatuh tali pusat. Semoga baby Dina menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihat. Aamiin.
*Lepas ni turn cikla plak, menghitung hari. Berdebar rasa hati walaupun ini yang ketiga. Due 25hb 9 ni. Doakan yang terbaik untuk cikla dan baby ek.
Tahniah CikLa, tambah ahli keluarga baru..sejuk je tengok wajah ahli syurga ni.. :)
ReplyDeleteTenkiu Kak ana..... Pasni turn kita lak.. Heeheee
Deletetahniah dapat anak buah baru :)
ReplyDeleteTenkiu dear.... ^_^………… skng ni plak berdebar tunggu kelahiran anak sndiri. Doakan yg terbaik k...
DeleteTahniah Cik La...seronok kan ..Kak Lya pon dpt anak sedara br masa bulan puasa br2 ni
ReplyDeleteTenkiu Kak lya.... Syukurlah.. Bertambah lg umat Nabi Muhammad... ^_^
Delete