Seperti yang kita tau, bulan Ogos bulan merdeka. Rata-rata kebanyakan sekolah mesti buat sambutan hari merdeka walaupun secara kecil-kecilan.
Sekolah kakak UCI (nama timangan puteri cikla yang sulung) pun tak ketinggalan. Walaupun ringkas, nampak jugaklah kemeriahannya. Dengan riuh-rendah budak-budak. Hehe. Oklah, cikla nak share gambar masa majlis tu. Jom tengok..
Sambutan hari merdeka tadika kakak... |
Haaaa. Yang pakai baju warna biru rambut kerinting megi itulah kakak UCI. Excited kan rupanya.
Walaupun dengan pelat-pelatnya, bersungguh-sungguh benor dia nyanyi. Kelakar pun ada. Hehe.
Gambar kat atas nk masa tengah baca doa, ikrar, nyanyi lagu Negaraku dengan lagu Selangor. Bersemangat sungguh mereka kan? Hehehe.
Sambutan hari merdeka tadika kakak... |
Gambar kat atas ni pulak masa nyanyi lagu merdeka. Ala, lagu yang allahyarham Sudirman Hj. Arshad tu nyanyi. Walaupun macam berterabur sikit bunyinya (biasalah budak2), tapi kira oklah. Hehehe.
Yang paling clear masa last sekali lagu sebut "Merdeka". haaa time tu memang semangat giler. Patriotik sungguh anak2 sekalian. Hehe.
Sebenarnya, bagi cikla memang bagus program macam ni kita introduce kat budak2. Biar dari kecik dia kenal Malaysia. Tau bila Malaysia merdeka dan pupuk semangat cintakan tanahair. Syabas pada cikgu yang buat majlis ni.
Alolo..comelnye si kecik tu nyanyi.. Hahaa..kenteng2 lagi. Tanamkan jiwa patriotik! Terbaiklah..cikgu2 nye pun nampak semangat nau nau. Keh3
ReplyDeleteHe he... Kenteng2 tu yg mahal tu... Hehe
Delete