Salam MERDEKA!

"Di sini, lahirnya sebuah cinta. Yang murni. Abadi. Sejati. Di sini tersemai cita-cita. Bercambah menjadi warisan."

Salam MERDEKA!
Salam MERDEKA!

Pejam celik, pejam celik dah 57 tahun kita merdeka. Betapa besarnya pengorbanan orang dulu berusaha mendapatkan kemerdekaan ini. Setiap titik peluh dan perit jerih mereka janganlah disiakan. Orang dulu sanggup berkorban jiwa raga demi tanah air ini. Janganlah kita gadaikannya.

Kalau dengar cerita Tok Nenek kita betapa susah dan deritanya zaman sebelum merdeka, nak2 masa zaman penjajahan British, Jepun dan Komunis (walaupun zaman mereka sekejap aje) dulu memang kita seriau mendengarnya. Dengan kekejaman mereka, takut kita kan? Tapi, sebenarnya itulah pengalaman paling berharga dan yang tak dapat mereka lupakan. Dapatlah mereka cerita dekat cucu cicit mereka supaya dapat dijadikan pengajaran dan ikhtibar.

Salam MERDEKA!
Salam MERDEKA!

Merdeka sebenarnya membawa banyak maksud. Kalau dulu, merdeka adalah dari segi bebas dari cengkaman penjajahan. Tapi, zaman sekarang ni, cikla rasa merdeka lebih membawa maksud kepada merdekakan diri kita dari pengaruh negatif yang boleh menjerumuskan kita ke arah keburukan. Itulah yang terpenting sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang zaman sekarang ni rasanya mudah terpengaruh dan terikut-ikut, tanpa mengambil kira baik buruk. Janji puas hati.

Walau apapun, bersyukurlah kerana kita dilahirkan di zaman selepas merdeka. Zaman kemajuan dan yang paling penting aman sentosa. Jangan kita sia-siakan nikmat ini kerana ia merupakan anugerah yang tak ternilai. Sayangilah tanah air kita kerana inilah tanah tempat tumpah darah kita dan tak mungkin dapat ditukar ganti.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews