Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.

Nak dijadikan cerita, semalam cikla bersama keluarga belah suami telah bertandang ke Maeps Bistro yang terletak di Serdang. Bistro ni terletak dalam kawasan MARDI. Siapa yang duk kat Serdang, mesti tau tempat ni. Tempat ni menyediakan perkhidmatan steamboat buffet.

Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.
Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.

Kadar bayaran untuk steamboat buffet, DEWASA adalah RM29 dan KANAK2 (4-11 Tahun) adalah RM15. Bistro ni dibuka pada pukul 5.30 petang sampai 10.30 malam. Akak ipar cikla selalu makan kat sini dengan famili dia. 

Jadi, menurut dia kita boleh makan seberapa banyak kita nak dan nak duduk lama-lama pun takde hal punya. Asalkan tiada pembaziran. Dah dah, moh kita tengok apa menu yang ada kat sini.

Maeps BISTRO - Steamboat Buffet..

Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.

Pada yang tak makan hasil laut takpe, ayam ada jugak disediakan. Pada budak-budak yang suka sosej, dan yang sewaktu dengannya pun ada. 

Kalau korang tak nak makan steamboat aje, makanan lain ada gak. Contohnya, nasi beriani, mee goreng, laksa dan macam-macamlah. Tu belum lagi pencuci mulutnya. Buah-buah macam tembikai (macam kat dalam gambar tu), jambu, mangga, lain-lain ada gak. 

Selain buah, jeruk dan kuih ada gak. Ice cream pun ada tau. Pilih je mana berkenan.

Maeps BISTRO - Steamboat Buffet.

Untuk pilihan air pulak, masa kami datang semalam diaorang sediakan air sirap, oren dan sarsi (kalau tak silap cikla la). 

Di samping air teh tarik (pada yang suka hot water) dan tak lupa juga sky juice. Oh ye, ABC pun ada gak. Tapi, semuanya layan diri (self service) tau.

Maeps Bistro ni gak terima tempahan tempat untuk buat event macam wedding ke, jamuan or gathering. Manalah tau korang nak buat majlis kawin kat sini. 

Ehh, pada yang belum kawinlah ye. Kot-kot kalau korang teringin nak makan steamboat, mai je la kat Maeps Bistro. Harganya pun berpatutan, dan korang boleh makan selagi korang nak. Hehehe.

 Jangan sampai takleh bangun sudahlah. Ye lah, sebab kekenyangan. Hehehe.

Untuk info lanjut:-

4 comments:

  1. sedapnya..dah lma xmkn steamboT ni..hehe..

    ReplyDelete
  2. Alahai..terliur pulak.. Btw lama giler tak singgah sini. Wuuu~ byk story ana ketinggalan. :D

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews