'santai tapi sampai'

Bila seseorang itu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga tak kira lelaki atau perempuan, maka bermulalah tanggungjawab. Tanggu...

Tanggungjawab suami isteri.

Bila seseorang itu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga tak kira lelaki atau perempuan, maka bermulalah tanggungjawab. Tanggungjawab seorang suami dan isteri terhadap pasangan masing-masing dan keluarga.

Orang selalu cakap kahwin ni best. Kalau dulu, sorang, tapi sekarang berdua. Tak lama lagi bertiga, berempat, berlima. Haha. Itu betullah. Tapi, ada yang lebih penting yang kita kena pertimbangkan dan ambil peduli, iaitu tanggungjawab.

Tanggungjawab suami isteri.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebagai seorang ketua keluarga, tanggungjawab suami adalah lebih besar dan berat. Antara tanggungjawab itu adalah :

  1. WAJIB memberi nafkah kepada isteri, iaitu nafkah zahir dan batin. 
  2. Membayar mas kahwin kepada isteri. 
  3. Memberi layanan yang baik kepada isteri. 
  4. Memberi bimbingan, teguran dan tunjuk ajar kepada isteri. 
  5. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri. 
  6. Berlaku adil kepada isteri-isteri kalau berpoligami. 

Bagi seorang isteri pula, kita juga mempunyai tanggungjawab kita sendiri iaitu :

  1. Taat kepada suami. 
  2. Menjaga maruah suami (tak menceritakan kelemahan dan keburukan suami pada orang lain) dan maruah diri sendiri. 
  3. Memenuhi kemahuan suami untuk bersama pada bila-bila masa yang dimahunya selagi tidak melanggar hukum syarak.
  4. Membelanjakan harta suami pada jalan yang betul. 
  5. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. 
  6. Sentiasa menghormati keluarga sebagai ketua keluarga. 

Selain itu, tanggungjawab bersama pula merangkumi :

  1. Memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak. 
  2. Menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangga bersama. 
  3. Menjaga kebaikan anak-anak dan keluarga.

Sebenarnya, banyak lagi tanggungjawab yang perlu diambil kisah oleh suami isteri. Ini sebahagian je tau. Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati olehNya dan bahagia hingga ke Jannah. Amin!

Kredit SINI

2 comments: