Kelebihan menyebut kalimah Bismillah.

Bismillahirrahmanirrahim. Kalimah yang biasa kita sebut masa nak makan. Ada sesetengah orang menyebut kalimah ini masa nak membuat sesuatu. Betapa besarnya pahala kita menyebut kalimah ini. Sebenarnya cikla nak kongsi satu cerita mengenai kebesaran kalimah ini.

Kelebihan menyebut kalimah Bismillah.
Kelebihan menyebut kalimah Bismillah. Sumber Google.

Begini ceritanya, dikisahkan ada seorang wanita tua yang patuh beragama, tapi suaminya seorang yang fasik dan tak nak buat kebajikan mahupun suruhan yang wajib. Wanita itu sentiasa melafazkan kalimah Bismillah bila nak bercakap dan nak buat sesuatu. 

Suaminya pula tak suka dengan sikap isterinya. Suaminya selalu mempersendakan isterinya itu tapi isterinya sabar dan berdoa agar suaminya diberikan hidayah oleh Allah SWT. 

Satu hari suaminya memberikan sejumlah duit kepada isterinya dan dia menyuruh isterinya simpan duit tu. Si isteri yang lurus ni ambillah duit tu dan simpan di tempat yang selamat tanpa sedar yang si suami melihat tempat duit tu. 

Kemudian, secara diam-diam si suami ambil duit tu dan mencampakkannya ke dalam perigi kat belakang rumahnya. 

Lepas beberapa hari, suami panggil si isteri dan meminta semula duit tersebut. Isterinya itu pergilah ke tempat dia simpan duit itu dan suami ikut dari belakang. Si isteri dengan berhati-hati menghampiri tempat itu, dia membuka sambil menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim'. 

Dengan izin Allah SWT, ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail A.S untuk meletakkan semula duit yang telah dibuang suaminya di tempat asal. 

Dengan muka terkejut, si suami berasa bersalah dan mengaku semua kesalahannya. Dia bertaubat dan mula melakukan semua perintahNya dan turut mengamalkan Bismillah dalam kehidupannya.

Tengok, betapa besarnya kelebihan kalimah Bismillah ni. Jadi, marilah kita sama-sama mula mengamalkan membaca Bismillah dalam urusan kita tak kiralah masa nak makan, minum, pakai baju, nak masak dan lain-lain.

Jadikan amalan kita. Waallahualam!

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Jdikan bismillah sebagai amalan harian..... mari kita sama2 mulakan... BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

    ReplyDelete
  3. Nice entry.... akan dijadikan amalan. InsyaAllah...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews