Susahnya lelaki nak minta maaf. Betul ke?

Emm, cerita pasal maaf ni, teringat cikla dengan lirik lagu cerita Pendekar Bujang Lapok.. "maafkan kami, maafkan kami, maafkan kami. Berapa kali maaf daa". Hehe, kelakarkan cerita tu. Susahnya Lelaki Nak Minta Maaf. Betul ke?

Walaupun dah terang-terang dah dia yang salah. Bukan nak mengata kaum adam ni, tapi cikla rasa macam betul je. Lelaki susah nak minta maaf. Susah sangat nak keluarkan kata "i'm sorry", keluar dari mulut dema ni. Apa sebabnya ek? 

Sebenarnya adalah sebab EGO, inilah penyebab kenapa susahnya lelaki nak minta maaf. Maaflah kalau statement cikla ni buat lelaki kat luar sana marah. 

Rasanya ini betul kan? Ada yang kata, lelaki susah nak ketepikan ego diaorang espeacially berkaitan dengan maaf walaupun sedar salah sendiri. Sebab egonya lagi tinggi dari perempuan. 

Tapi, ada juga sesetengahnya yang mudah melafazkan maaf, tak berat mulut!

Ermm, ada pulak yang cakap lelaki punya cara tersendiri nak minta maaf. Tak semestinya dengan kata-kata. 

Contohnya, ajak makan, ajak tengok wayang dan belikan barangan untuk pasangan. Semua itu nak mengaburi kesalahan yang dilakukan. Betul atau tak, cikla pun tak pasti. Itu kena tanya lelaki, hehe. 

Apapun,  cikla rasa tak salah kalau lelaki minta maaf pada pasangan atau sesiapa pun, tapi biarlah kena pada tempat dan situasinya. Kadang-kadang lelaki buat camtu sebab nak bagi pengajaran pada pasangannya. Tapi janganlah kejam sangat. 

Bukan luak pun nak cakap maaf. Just say "sayang, I'm sorry, please forgive me". Hati yang panas terus jadi sejuk bila dengar kalimah keramat tu.

Ucapan maaf bukan bererti kita mengalah dan lemah tapi menjadikan kita lebih kuat dan berhati-hati di masa depan!

2 comments:

  1. sbb ego

    ReplyDelete
  2. Mmg xleh nk nafikan lelaki mmg ego dr perempuan.. its fact!!

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews