Advertisement

CINTA!

CINTA! Cinta, semua orang memerlukanmu, sebab mungkin ada orang yang tak boleh hidup tanpamu. Cinta pula banyak kategorinya, cinta sesama manusia, cinta dengan makhluk Allah, cinta dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan cinta yang paling agung dan hakiki, iaitu CINTA KEPADA ALLAH SWT! Ada orang cakap cinta itu buta. Tapi sebenarnya, cinta tu tak buta pun. Yang buta tu sebenarnya manusia itu sendiri. Mana taknya, sanggup berkorban apa sahaja demi cinta. Berkorban harta benda malah ada yang sanggup berkorban maruah diri. Padahal cinta itu belum tentu milik kita yang mutlak. Nauzubillah.

Bila fikir-fikir balik, mengapalah manusia sanggup jadi sampai macam tu sekali. Kita mudah sangat menyerah bila sekali dirayu. Sedarlah, terutamanya kaum perempuan. Jangan sampai kita jadi barang yang mudah untuk dijual beli. Semurah itukah harga diri kita?

Biarlah orang kata kita jual mahal, asalkan kehormatan dan mahkota kita yang satu tu terjaga, khas untuk insan yang bergelar SUAMI yang sah! Berbalik kepada konteks cinta itu sendiri, hanya cinta kepada Yang Maha Esa sahajalah yang paling suci, bersih, luhur, murni dan agung. Tak kira kita dalam keadaan susah ataupun senang, Allah SWT tetap bersama kita.

CINTA!

Jadi, wahai kawan-kawanku sekalian.

'Cinta tidak pernah meminta, tapi sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tapi tidak pernah berdendam. Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan. Kebencian membawa kepada kemusnahan.'

'Allah SWT memberi kita 2 kaki untuk berjalan, 2 tangan untuk memegang, 2 telinga untuk mendengar dan 2 mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah SWT hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Kerana Allah SWT telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.'

Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tapi membangkitkan semangat.
Cinta dapat mengubah yang pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai orang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya, saat terindah adalah berada di sisi orang yang kita cintai! 

~~hargailah apa yang ada dengan kita sekarang daripada mengenangi perkara yang lepas~~

Post a Comment

1 Comments