Diet cinta : supaya si dia tetap lekat!

Dalam hubungan suami isteri, mesti si isteri nak suaminya mencintainya sepenuh hati, dan begitu juga dengan si suami yang kena belajar macam mana nak menyuburkan cinta supaya ia selalu segar dan tak bosan.

Cikla taklah nak cakap yang perkahwinan cikla ni perfect, tapi cikla bahagia sangat dengan suami dan anak-anak tersayang. Setiap hubungan pasti ada pasang surut dan dugaan. Itu lumrah! Walauapapun, cikla bersyukur. 

  1. Hadapilah stress dengan bijak. Maknanya, janganlah tegang sangat kalau ada masalah yang datang. Cuba hadapi dan ubati dengan cara yang paling senang iatu buat pasangan kita ketawa. Senyuman memang ada magic yang buat orang panas menjadi sejuk dan orang bengang menjadi cool. Senyum tanda positif dan redha!
  2. Selalu ucap terima kasih. Jangan segan dan berat mulut. Apa salahnya kan, isteri kita dah masak penat2, kita just say "tq sayang". Tengok, isteri yang penat pun boleh senyum lebar bila dengar suaminya cakap camtu. Rasa dihargai. Lagi satu, jangan lupa ucap terima kasih pada Allah SWT, dengan bersyukur. Syukur tanda hargai semua pemberianNya.
  3. Selalu memaafkan. Bersihkan hati dari rasa dendam, marah dan geram. Ini semua bukannya tanda kita ni lemah dan orang boleh pijak kita. Tapi, dengan maaf orang akan respect kita dan ia dapat pelihara serta bersihkan hati kita. Kesannya, jiwa sentiasa tenang...
  4. Be +ve, jangan asyik bersangka buruk dan was-was dengan pasangan. Nak cemburu boleh, tapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. Jangan sampai cemburu buta...
  5. Jauhi sikap kedekut. Apa salahnya sesekali tu rai cinta dengan kemewahan. Espeacially si suami. Ajak isteri sambut aniversarry perkahwinan atau birthday dekat restoran mahal ke. Tak pun hadiahkan isteri barang yang mewah ke. Sesekali tak apa kan? Harta yang ada dibelanjakan untuk isteri tercinta, memang dituntut. Tapi, janganlah over sangat. Biarlah di bawah kemampuan.

So, cikla harap tips ni dapat dimanfaatkan oleh kita khususnya yang dah kahwin. Walaupun kita dah kahwin bertahun-tahun, tak salah kita sentiasa berkelakuan macam kita cintan-cintun dolu-dolu.

*saya suka, saya suka*

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews