Dah lama dah!

Emm, petang-petang camni tengah santai-santai sambil tidurkan anak cikla rasa macam nak story somethin'. Mesti kawan-kawan dan family cikla macam tak caya yang cikla punya blog. 

Sebenarnya cikla dah lama nak buat blog dan menulis, sejak zaman skool lagi. Tapi, disebabkan tak ada masa dan gajet-gajet canggih manggih tak ada pada masa tu, hasrat terkubur macam tu aje.

Cikla memang minat menulis, bermonolog tapi tu suka-suka aje. Then, bila masuk matrikulasi and universiti, tak ada masa pulak. Busy dengan study, assingment, discussion, tutorial and presentation. Lepas tu, get married dan jadi full house wife barulah ada kesempatan nak berkarya.

Cewah.

Dah lama dah!
Dah lama dah! Kredit Google. 

Memula tu cam malu gak, yelah takut komen-komen orang yang baca entri kita. Tapi, tu semua tak penting. Selagi cikla ada idea yang nak ditulis dan dikongsi, cikla akan tulis. Biaq pi la orang nak kutuk ke, keji ke.

Walau apapun, cikla akan menulis bila ada masa dan topik best nak kongsi. Ini semua bukanlah nak tunjuk bagus tapi tak salah kalau kita nak berkongsi benda yang baik dengan orang lain kan?

***walaupun orang tak baca dan komen entri cikla, cikla akan terus menulis***

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews