Tips menghindari dari jenayah siber.

Pada zaman yang boleh dikatakan zaman teknologi dan IT, internet dah jadi satu kemestian untuk kita tahu dan belajar mengenainya, sebab ia adalah tempat yang ada macam macam bentuk informasi. Apa je kita nak tahu, semua ada kat internet. Cuma taip dan klik je. Korang nak belajar masak, jutaan resepi ada. Korang nak belajar menjahit, pun ada juga. 

Even, korang nak belajar serba-serbi, semuanya ada tau! Selain itu, internet jugak dijadikan alat untuk merapatkan silaturahim. Mana taknya, macam macam laman sosial sekarang ini, dengan FBnya, tweet, myspace, friendster, even blogger ini pun termasuk sekali. Member lama yang berkurun tak jumpa, nah bertemu di sini. Nak cari kawan baru pun boleh.

Bagi cikla, segala keburukan itu bukannya datang dari internet, sebab kiralah yang buat internet ni jadi buruk dan tak selamat. Kalau yang jadikan internet tempat cari ilmu itu kira oklah. Tapi, ada jugak yang jadikan internet ni sebagai tempat melakukan jenayah. Ishhh ishhh, ada ke patut. Salah guna namanya tu.

Tips menghindari dari jenayah siber.
Tips menghindari dari jenayah siber. Sumber Google.

Sebab tu, zaman sekarang ini, macam macam jenayah siber kita dengar. Kes penipuanlah, tak kira penipuan cinta or wang. Ada jugak yang melakukan pengubahsuaian data komputer, curi maklumat orang lain, berjudi siber, pornografi dan penggodam/hackers. Tapi kan, pada dasarnya jenayah macam ni macam susah je nak dikawal. Sebab apa agaknya ye. Sebab, jenayah macam ni agak susah nak kenalpasti siapa penjenayahnya berbanding dengan jenayah fizikal. Kita susah nak kesan siapa, mengapa, bagaimana dan dari mana sistem kita tu diserang. 

Rang Jaminan yang diperkenalkan meletakkan ia menjamin kebebasan berinternet. So, ini akan menyenangkan penjenayah siber melakukan jenayah mereka. Hanya kita sendiri yang bertanggunjawab pada apa yang kita punya. Ada beberapa tips yang cikla nak share supaya kita tak akan menjadi mangsa jenayah siber.

  • Pertama, kalau ada orang mintak butiran diri korang JANGAN bagi sewenang-wenangnya.
  • Kedua, LENGKAPKAN diri korang dengan ilmu or term dalam teknologi dan IT. So, kita tak akan senang  ditipu dengan istilah yang digunakan.
  • Ketiga, guna PASSWORD yang susah orang nak agak. Kalau boleh, guna password yang panjang berjela pun takpe. Janji orang susah nak teka. Tapi, korang kena pastikan korang ingatlah. Nanti kalau lupa kang haru pulak jadinya. Hihi.
  • Keempat, korang make sure yang SISTEM korang dilindungi. Pakai antivirus, firewall dan lain lain supaya sistem korang susah untuk digodam.
  • Kelima, JAMINAN KESELAMATAN. Shopping secara online memang popular sekarang. So, berhati-hatilah. Pilih syarikat yang terkenal, dan jangan lupa buat research yang terperinci sebelum korang nak bagi maklumat pembayaran, terutama melibatkan duit dan info perbankan korang.

Bagi cikla, kita wajib sentiasa berwaspada dan careful sebab semuanya berada di tangan kita dan kitalah yang menentukannya. Ingat ye semua!

1 comment:

Powered by Blogger.