Advertisement

Resepi Awet Cinta.

RESEPI AWET CINTA. Hai semua. Kali ini cikla nak kongsi sikit resepi awet cinta, bukan awet muda tau. Biasalah kan dalam hubungan espeacially dalam perkahwinan mesti ada pasang surut, dugaan, ujian dan masalah.

Tapi, janganlah sesekali kita jadikan semua tu alasan kita nak reduce rasa cinta kita pada isteri or suami kita. Bagi yang selalu fikir +ve, mesti anggap ini semua sebagai penguat ikatan apatah lagi kalau penyebabnya hal remeh- temeh je. Jangan layan sangat okey!

Resepi Awet Cinta.

Tips ni memang berguna sangat, bagi cikla ia menarik dan penting nak pastikan supaya kasih, sayang dan cinta terhadap suami or isteri kita makin utuh sejak dari dulu, kini dan selamanya.

  • Tips 1:- PUJIAN ~ mesti best kan kalau suami or isteri kita selalu puji kita. Tak kiralah puji masakan kita, penampilan kita, dan lain-lain. Bahagianya rasa. Ada sesetengahnya asyik senyum je sepanjang hari teringat dengan pujian tu. Walau sekecil manapun pujian tu, kalau ikhlas pasti bahagia. 
  • Tips 2:- SEKS = MESTI+WAJIB ~ kalau dah kahwin, yang satu ni mesti, sebab tanpanya terjejaslah kepuasan dalam perkahwinan. Ia juga adalah pengikat rumah tangga, jadi nikmatilah ia dan buat sekerap yang kita inginkan.
  • Tips 3:- BOLEH DIHARAP ~ jadilah suami or isteri yang boleh diharap, lagi-lagi kalau pasangan kita nakkan bantuan. Lagi satu, kalau isteri or suami kita sedih, cuba ceriakan. Tak kisahlah macam mana pun, ketawa adalah penawar duka. 
  • Tips 4:- JANGAN ABAIKAN MASALAH KECIL ~ cuba settlekan masalah yang timbul even masalah kecil pun. Ye la, kecil-kecil lama-lama jadi besar. Betul tak?  
  • Tips 5:- COMMUNICATE ~ penting sangat. Kalau tak suram dan statik je rumahtangga. Macam mana sibuk pun, cuba cari masa bersembang, minta pendapat atau cerita je la apa-apa. 
  • Tips 6:- PERCAYA ~ ni lagi penting. Setia dan percaya. Jangan percaya apa-apa yang negatif tanpa bukti. 
  • Tips 7:- BAIKI CINTA SELALU ~ tengok mana yang kurang, walaupun kita dah rasa bahagia dan selesa dengan hubungan kita. Jadi, makin kukuh hubungan yang ada.

So, mari kita sama-sama mempraktikkan semua tips ni. Biarlah orang kata kita poyo, asalkan hubungan cinta kita dengan pasangan kita bahagia dan gembira. Diaorang jelezzz tu!

Post a Comment

1 Comments