Hari ni dah hari rabu. Kejap je masa berjalan. Pada yang leka, mesti tak sedar begitu cepatnya masa pergi meninggalkan kita. Masa yang dah pergi tak mungkin kita dapat ulang atau rasai lagi. Apa yang penting masa hadapan yang bakal dan akan kita tempuhi.
Ehem, kali ni rasanya cikla nak cerita pasal hal memberi dan menerima. Ada yang cakap "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima." Rasanya macam betul je kata-kata tu.
Cikla ada terbaca satu artikel yang menulis mengenai ini. Dalam artikel tu ada tertulis satu hasil kajian mengenai kelebihan sikap pemurah akan memberi keceriaan dalam hidup kita.
Cikla ada terbaca satu artikel yang menulis mengenai ini. Dalam artikel tu ada tertulis satu hasil kajian mengenai kelebihan sikap pemurah akan memberi keceriaan dalam hidup kita.
Orang yang menderma tak kiralah menderma kepada orang lain sebagai hadiah atau amal akan lebih happy berbanding dengan orang yang menghabiskan wang untuk diri sendiri. Betul atau tak, cikla pun tak pasti. Tepuk dada, tanya hati!
"Satu kebaikan, dibalas sepuluh", itulah ganjaran yang diterima bagi orang yang suka memberi. Kalau kita kaya belum tentu bahagia dan miskin pula bukan ukuran miskin semuanya. Miskin harta tapi kaya hati. Itu lebih baik kan?
Ia melambangkan kekayaan hati sebab hanya mengharapkan redha Yang Maha Esa. Jadi, marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Ia melambangkan kekayaan hati sebab hanya mengharapkan redha Yang Maha Esa. Jadi, marilah kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.
Bukan nak tunjuk baik, tapi sekurang-kurangnya kita ada niat nak jadi baik. Manfaat untuk diri cikla dan semua!
Waallahualam.
No comments:
Post a Comment