Betul ke lelaki manja merimaskan?

Ehem, best tak title entry cikla kat atas nu? Mesti ada kaum-kaum adam yang tak setuju kan? Jangan nak nafikan ye, memang ada lelaki camni kat dunia ni. 

Lagi manja dari perempuan pun ada tau! Kalau sebelum ni kita selalu dengar yang sikap natural seorang lelaki sejati itu adalah TEGAS, MELINDUNGI WANITA DAN BERPENDIRIAN TETAP. Tapi, tak semua yang ada sifat macam cikla tuliskan tadi.

Sebab apa? Sebab ada sesetengah kaum adam ni yang peelnya manja dan keanak-anakan. Hurmmm, jadi betullah lelaki manja merimaskan? 

Bagi cikla, nak manja boleh aje. Tapi, janganlah keterlaluan sangat sampai merimaskan orang sekeliling. Orang pun jadi menyampah nak melayannya. 

Kalau cikla sendiri pun, naik meluat lak menengoknya, hehehe. Ada yang cakap, lelaki manja ni pemalu orangnya. Tapi, biarlah kena pada tempatnya.

Rasullullah SAW sendiri manja dengan isteri tapi tak adalah sampai berlebih-lebihan. Emm, ada pula yang cakap anak bongsu ni manja. 

Sebab kebanyakan mereka dibesarkan dengan penuh kemanjaan oleh mak pak dia. Apa nak semua dapat. Dah terbawa-bawa sampai ke besar. Agaknya nakkan perhatian kot. 

Betul ke lelaki manja merimaskan?
Betul ke lelaki manja merimaskan? Kredit Google. 


Tapi, rasanya, cikla tak boleh nak nafikan statement ni. Sebab, hubby cikla la pun anak bongsu. So, memang kadang-kadang 'he act like a kids.' tapi, sometimes je. 

Ada juga yang cakap, lelaki jadi manja sebab pengaruh, espeacially dia anak bongsu dan kesemua adik-beradiknya perempuan. 

Mungkin, dia terikut-ikut dan terbiasa di manja oleh kakak-kakaknya. Jadi, kemanjaannya terbawa-bawa bila dia dengan kawan-kawannya.

Kalau dah manja, mesti lelaki macam ni lebih sensitif dan teliti. So, agak susah nak berkomunikasi dengan golongan camni. Ye la, sikit-sikit merajuk. 

Jadi, pasangannya kenalah pandai pujuk ye. Kalau tak, tak adalah boyfriendnya asyik muncung. Hehe. Emm, cikla rasa lelaki camni kenalah cari pasangan yang lebih matang dan sabar layan kerenah. 

Tapi, kalau dah dapat pasangan yang sabar, awak tu janganlah over dan lebih-lebih pulak manjanya. Lama-lama orang pun boleh bosan.

Ingat tau!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews