Advertisement

Macam mana nak kurangkan makan.

Macam mana nak kurangkan makan. | Semua orang memang suka makan. Pantang nampak makanan yang sedap-sedap, mulalah nafsu makan tu datang. Tak hairanlah di Malaysia ni memang banyak menu yang sedap-sedap. Setiap negeri mesti ada makanan yang sedap. Kalau tak makan rugi.

Lagi satu, kat Malaysia ni punyalah banyak kedai makanan. Macam cendawan tumbuh. Restoran ala thai la, restoran rasa timur la, dan tak kurang jugak kedai mamak yang banyak gilos kat Malaysia ni. Dan orang Malaysia ni pula memang suka makan. Even, dah tengah malam pun kita tengok kedai-kedai makan meriah dengan orang-orang yang asyik nak makan aje. Hehe.

Bila dah asyik makan, mulalah berat badan naik. Bila dah naik, mulalah risau. Especially, perempuan. Kalau lelaki pulak, diaorang agaknya tak kisah sangat kot. Perempuan, perempuan. Memang kalau berat dah naik mulalah nak diet. Konon-kononnya je tu. Memang ada sesetengah yang betul-betul serius nak menurunkan berat dan berdiet bersungguh-sungguh. Tapi, ada pula sesetengahnya yang awal-asal semangat, lastly malas lak.  Emmm.

So, kat sini cikla nak kongsi beberapa tips kalau kita nak kurangkan 'makan' macam diet gak la. Info ni cikla ambil kat majalah kesihatan. Bila baca cikla rasa macam menarik, dan tak salah kan cikla nak kongsikan dengan kawan-kawan semua.

Macam mana nak kurangkan makan.

Macam mana nak kurangkan makan.
Macam mana nak kurangkan makan. Gambar dari Google.

Tips pertama adalah jangan berlapar. Ini bermakna, kita jangan biarkan diri kita terlalu lapar sebab kalau kita terlalu lapar kita cenderung ambil banyak makanan. Makan sikit-sikit tapi kerap, itu takpe. Lagi satu, breakfast memang penting. Sesetengah orang skip breakfast dan ambil lunch terus. Sebenarnya cara ni salah ye kawan2. Ambillah breakfast walaupun segelas susu dan sepotong roti. 

Tips kedua, minum 6-8 gelas air sehari. Lagi banyak lagi bagus. Air memang penting untuk badan kita dan membantu metabolisme badan kita. Air juga bertindak mengurangkan selera makan, sebelum kita mengambil makanan yang berat. 

Tips ketiga, sebelum kita makan, ambil sesuatu yang pahit. Cuba kita minum kopi 1/2 jam sebelum makan. Ini akan membuatkan tekak kita terasa pahit dan isyarat dihantar melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan acid. So, perut kita boleh melancarkan penghadaman dan kita akan rasa kenyang dan tak kan makan banyak.

Jadi, makan memang boleh tapi berpada-padalah. Jangan asyik makan aje sampai memudaratkan diri. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Berdietla dgn bersungguh2...

    ReplyDelete
  2. Mkn dgn berpada2... jgn sampai memudaratkan diri..
    Diet pn sama.

    ReplyDelete