Pentingkan diri. Selfish. Hal kau hal kau, hal aku hal aku memang banyak berlaku pada zaman ini. Golongan sebegini memang tidak senang dengan pencapaian orang lain. Kalau orang berjaya atau senang, dia rasa sakit hati.
Selain itu, golongan ini juga memang tidak mempedulikan pendapat orang lain kerana mereka sentiasa merasakan diri dan pendapat mereka betul. Mereka sukar menerima pendapat orang lain dan sukar menerima nasihat atau teguran.
Umpama mencurah air ke daun keladi. Bila ditegur mudah melenting! Susahlah kalau nak mengadap orang camni. Serabut otak je.
Setiap orang memanglah ada kekurangannya sendiri. Tapi, bagi orang sebegini memang susah nak mengaku kekurangan diri walaupun dia tau yang dia ada kekurangan. Ini disebabkan oleh sikap tidak mahu kalah dan mahu lebihkan diri sendiri sahaja.
Ada ahli motivasi berpendapat, golongan sebegini wujud hasil daripada didikan pada masa kecil. Sentiasa dapat apa yang dimahukan, dimanjakan dan semua katanya dituruti. Nah, bila dah besar, tengoklah apa yang jadi.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya! Kalau dah jadi buluh, ke lautlah jawabnyela.
Sebenarnya, sikap ini kalau dibiarkan akan menjadikan sikap EGO menebal dalam diri. Mereka langsung tidak boleh bertolak ansur malah asyik memikirkan diri sendiri sahaja. Sikap ini juga akan memberikan kesan jangka pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek adalah mereka sukar berkongsi tugasan dan sukar mendapat bantuan dari orang lain serta tidak disukai orang.
Manakala, kesan jangka panjang pula mereka akan sukar didekati walaupun ahli keluarga sendiri dan akan mudah mendapat penyakit STRESS.
Oleh itu kawan-kawan semua, nak mengelakkannya mudah sahaja. Cuba untuk bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran serta nasihat dari orang lain. Kita juga sentiasa melatih diri menerima pendapat orang lain dan berbincang dari hati ke hati.

Jauhilah daripada sikap pentingkan diri dan hindari EGONISME dan STRESS!
Nice entry.... reminder ourself.…
ReplyDelete