Lelaki susah nak menangis?

By Cikla Shahril - February 03, 2017

Sebelum ni, kita mesti fikir kalau yang suka 'syahdu-syahdan', dalam hati ada taman tu mesti kaum perempuan. Betul tak? 

Mungkin betullah kot, kalau kita tengok secara kasar. Sebenarnya, ada jugak sesetengah kaum lelaki ni yang 'lembut hatinya'. Mudah tersentuh bila melibatkan hal-hal yang menyedihkan. *baik mengaku cepat, hehe. 

Tapi, kebanyakannya kita tengok lelaki susah nak menangis kan? Betul tak?

Jangan ingat lelaki tak 'beremosi' tau. Ini memang diakui oleh sesetengah lelaki itu sendiri. 

Walaupun dia buat muka derk selamba je masa isterinya membebel atau marah, tapi sebenarnya jauh nun di lubuk hati mereka, ada jugak rasa kecik hati dan tersentuh. 

Tak percaya cuba tenung dan renung muka suami memasing masa korang tengah membebel tu.

Apa reaksi mereka? Tak salah kot kalau cikla cakap mereka ni memang lebih suka pilih untuk memendam rasa dari meluahkan. 

Tapi, kalau dah tak tahan memang habislah semua 'terhambur' keluar tanpa tinggal sedikit pun. Itu yang kita takutkan tu, macam letusan gunung berapi memuntahkan laharnya.

Lelaki dan ego berpisah tiada. Setuju tak? Mungkin lebih manis kalau kita katakan lelaki mempunyai 'ego yang tersendiri'. 

Ego inilah yang menjadikan mereka bersikap pelindung kepada isteri dan anak-anak, dan mereka tak rela melihat isterinya bersukan-payah mencari nafkah sendiri. 

Si isteri jangan sesekali mencabar ego lelaki dengan memandang rendah kepada kemampuan mereka mencari nafkah dan melakukan kerja. Memang bergaduhlah jawabnya.

Lelaki adalah makhluk visual? Sebab apa? Sebab dia akan menghakimi apa je yang ada kat depan mata dia. 

Orang cakap nak jaga hati suami kena 'jaga mata' dan 'jaga perut' dia. Si isteri berdandanlah cantik-cantik masa di rumah terutama di depan suami. 

Kalau masak pulak, masak sedap-sedap lebih-lebih lagi lauk kegemaran dia. Mesti dia selalu puji korang. Hujung minggu pun lekat kat rumah je. Pendek kata, tak nak berenggang dari isterinya.

Bab masalah pulak, memang lelaki ni kebanyakannya suka memendam, mendiamkan diri dan menyendiri. 

Mereka diam, senyap dan menyendiri tu bukannya sebab mereka give up ke apa. Tapi, mereka 'berfikir' mencari jalan penyelesaiannya. So, isteri kena bagi si suami masa untuk bertenang dan berfikir. Jangan memaksa. 

Perempuan kalau ada masalah atau dalam kesedihan, lebih memerlukan 'pelukan' dan kata-kata cinta/semangat dari pasangannya. 

Tapi, lelaki tak. Apa yang mereka lebih perlukan adalah idea untuk menyelesaikan masalah tu. 

Ada orang cakap, lelaki suka kepada solusi (penyelesaian), tapi perempuan pulak lebih kepada emosi. *perempuan memang emosi sokmo. 

Biasanya lelaki yang dah kawin akan show kasih sayang dan cintanya pada pasangan menerusi pengorbanan dan kerja je sebab dia anggap cinta itu lebih kepada tanggungjawab. 

Betul ke para lelaki sekalian? Jangan macam tu, sebab isteri pun memerlukan belaian cinta dari suaminya melalui kata-kata romantik. Ingat tu.

Orang cakap, bercinta biarlah berkekalan sampai ke Jannah. Memanglah semua orang kalau kawin nakkan perkahwinan kekal sampai bila-bila dan seboleh-bolehnya nak elakkan perceraian berlaku. 

Takdir Allah takde siapa yang dapat menghalang, tapi sebagai manusia kita memang disarankan supaya sentiasa berdoa dan memohon kepadaNya supaya sentiasa merahmati perhubungan kita dengan pasangan. InshaAllah. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pasangan. 

Sumber Facebook Dr Taufiq Razif.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Saya ada part saya senang nangis.. Bila tengok Bersamamu TV3 dan cerita realiti seumpamanya...Selalu nak cover kena duduk depan sikit atau cabut lari awal2... Ego... Hehe...

    ReplyDelete
  2. sian org laki...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Lelaki menangis juga
    tapi tak tunjuk aje.

    ReplyDelete