Karnival Karangkraf 2017 kembali lagi.

By Cikla Shahril - February 27, 2017

Cikla tahu semua peminat dan pencinta buku mesti tertunggu-tunggu karnival yang diadakan saban tahun ni kan. Betul tak? So, jangan risau. Karnival Karangkraf 2017 bakal berlangsung tak lama lagi. Wah wah, melebar senyumnya ye. Hihi. Lepas ni korang boleh standby apa yang patut. Bukan apa, takut nanti rambang mata, silap-silap satu karnival diborongnya kang.

Untuk pengetahuan korang, karnival ini akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2017, bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Wah, tak lama lagi tu. Berikut merupakan masa karnival dijalankan; 3 hingga 4 Mac 2017 bermula dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Manakala, pada 5 Mac 2017 bermula dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam. 

Selain itu, banyak aktiviti yang best akan diadakan, antaranya, bengkel, cabutan pengunjung bertuah, bikers day out, sesi bertemu dengan novelis dan penulis popular, dan macam-macam lagilah. Tiket-tiket free dan pakej penginapan pun ada ditawarkan. 

Cikla dengar semua buku dan majalah dijual serendah RM1. Wow... murahnya. So, apa lagi. Set date tu kat kalendar, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Karnival Karangkraf 2017 ni. Orang cakap, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah je yang tau. Manalah tau kot-kot ada rezeki menang salah satu yang ditawarkan tu. Bestnya. 

Jangan lupa tau! 

#karnivalkarangkraf2017
#gabungangerentigempakmerecikkk

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Jangan lupa save the date yaaa..

    ReplyDelete
  2. Rugi tak dapat join... Jauh sangat nak pergi sana... huhu...

    ReplyDelete
  3. Bestnyakalau dpt pegi mesti bnyk bku beli buat stok setahun :)

    ReplyDelete