Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau.

By Cikla Shahril - July 11, 2023

Korang tau tau pokok mulberi atau nama inggerisnya Morus Rubra ni adalah makanan utama ulat sutera. Cikla baru tau yang ni. Haha. Semua bahagian pokok ni banyak kegunaannya.
 
Buah mulberi kaya mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daunnya pulak terkandungnya zat adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. 

Ehh, bijinya pulak mengandungi ureas. Selain tu, kulit akar pokok mulberi kaya dengan beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau.
Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau. Kredit Google. 

Masyarakat kat China pulak, buah mulberi ni dorang buat sebagai agen ubatan tradisional dorang sebab dorang percaya buah mulberi beri khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia termasuklah masalah rambut beruban.

Selain itu, buah mulberi turut digunakan untuk merawat masalah ketakbolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. Menariknya, buahnya yang telah dikeringkan boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

Antara khasiat lain buah mulberi adalah;  

1. Dikatakan mampu beri khasiat dan rangsang penghasilan cecair badan. 

2. Sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jusnya.

3. Dikatakan dengan memakan buah mulberi, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

4. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa, susah nak tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi untuk mengurangkan simptom-simptom tersebut. 

Selain buah, daun mulberi juga ada khasiatnya tersendiri, iaitu; 

1. Air rebusan daun mulberi digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. 

2. Daunnya yang telah kering pulak dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini jugak dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.

3. Daun mulberi yang telah dipanaskan pulak dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.

4. Daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga.

Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau.
Khasiat mulberi yang mungkin korang tak tau. Kredit Google. 

Di samping itu, akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. 

Air rebusan kulit pokok mulberi pulak dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.

Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walau bagaimanapun, korang kenalah dapatkan nasihat yang pakar kalau nak gunakan pokok mulberi ni ya. 

Moga bermanfaat. 

Kredit : website khasiatpokokherba

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. Ada tanam pokok malberi ni
    Tapi jarang2 memanfaatkan khasiatnya

    ReplyDelete
  2. Wah banyak rupanya manfaat mulberi.
    Belakang rumah ada tanam, tapi kadang2 monyet asyik curi je.
    Sabar jelaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang pun dah tau khasiat mulberi ni agaknya. hihi

      Delete
  3. Buah ni dulu ada tanam kat rumah orang tua saya tapi masa tu tak tau pun nama dia mulberi. Pernah makan. Kalau terkena yg masam tu...ya ampunnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah mak cikla pun ada dulu. sekali berbuah memang ramah. kalau yg ranum tu sedap. masam masam manis

      Delete
  4. buah ni pun cantik warnanya. jika jumpa di pasar, abe kie nak beli la.

    ReplyDelete
  5. buat jadi mask muka malam2 sebelum tidur pun boleh tau. bangun nanti in shaa Allah pinkish glow huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. menarikcni. cuma rajin dengan tak rajin je kan... hihi.. tq share

      Delete
  6. Buahnya lagi gelap, lagi manis 🤤
    Kalau rajin pruning, makin lebat buahnya

    ReplyDelete
  7. Buah kesukaan Sha ini.. Paling senang tanam, kalau nak berbuah banyak kena rajin pangkas dia supaya keluar pucuk baru..

    ReplyDelete