Lama tak makan ikan siakap. Sekarang ni pun harga ikan boleh tahan mahal jugak kan. Kebetulan cikla pergi ke gerai jual ikan dekat dengan rumah cikla ni, terjumpa pulak ikan siakap sekor RM7. Amik 3 ekor, dapatlah RM20. 

Boleh la kan, ikannya pun takdelah kecik sangat. Anak-anak cikla pun bukan semua yang suka makan ikan. Lagi-lagi kakak Farisya tu. Bab makan memang sangat memilih. 

Bawak balik rumah, aduhh buntu pulak nak masak apa. Cadang asalnya nak masak asam pedas. Tapi, fikir balik dorang ni kalau pedas pedas sangat pun kurang jugak. Disebabkan faktor kemalasan jugak, last buat sambal je la. Sonang. 

So, cikla nak share la cara masaknya ikut style cikla la. Mungkin korang ada cara lain. It's okey. Cara masing-masing kan. 

Bahan-bahan yang diperlukan tentunya ikan siakap, bawang besar, bawang putih, halia sikit, cili hijau besar, cili padi merah, serai (yang ni ikut suka), sos tiram sikit, sos cili sikit, air perahan limau nipis, garam, serbuk perasa dan kunyit. 

Ohh ye, minyak untuk goreng ikan dan menumis cili nanti. 

Cara pulak senang je. Bersihkan ikan pastu gaul ikan dengan garam, serbuk perasa dan kunyit. Lepas tu, goreng ikan sampai kekuningan. Angkat dan ketepikan. Blend bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar dan cili padi merah.

Luakkan sikit minyak gorengan ikan tu kemudian tumis bahan yang diblend. Masukkan serai yang diketuk dan air perahan limau nipis. Tumis sampai naik bau dan nampak garing barulah masukkan sos tiram dan sos cili. Tambah sedikit air kalau nampak kering. 

Bila sambal cili dah masak, masukkan ikan dan taburkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sekejap sebelum diangkat sebelum dihidangkan. 

Taraaa, inilah hasilnya. Sedap ooo bila makan dengan nasik panas. Hihi. 

Ikan siakap sambal cili padi.
Ikan siakap sambal cili padi. 

Selamat mencuba.