'Santai Tapi Sampai'

19 July 2023

Salam Maal Hijrah 1445H. Jom ambil ikhtibar dari kisah penghijrahan Nabi SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah.

Satu Muharram detik permulaan. Perkiraan tahun Islam hijrah. Perpindahan Nabi dan umat Islam. Dari kota Mekah ke kota Madinah.

Salam Maal Hijrah semua. Alhamdullilah bertambah setahun lagi. Terima kasih ya Allah sebab masih memberi cikla menikmati nikmatMu. 

Korang tau tak sejarah bulan Muharram dan  kenapa bulan ni sangat penting dalam kalender Islam?  Sebenarnya ada banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari bulan yang mulia ni. 

Kalau korang nak tau, sebelum penghijarahan Nabi SAW, kiraan bulan adalah ikut tahun masihi. Jadinya, peristiwa hijrah ni adalah peristiwa yang sangat penting kepada perjalanan dakwah Nabi SAW.

Muharram maknanya diharamkan atau dilarang. 

Allah SWT melarang peperangan atau pertumpahan darah, namun larangan itu digugurkan lepas Kota Mekah dibuka. 

Selain tu, dalam bulan ini jugak banyak sejarah Islam yang tercipta, antaranya Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram. 10 Muharram menyimpan kisah penting iaitu; 

1. Nabi Musa a.s diselamatkan dari dikejar Firaun. 

2. Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.

3. Allah menyelamatkan Nabi Yunus a.s dari perut ikat Nun.

Selain tu, dalam bulan Muharram jugak kita sangat digalakkan mempertingkatkan amalan, antaranya; 

1. Banyakkan berpuasa, sesuai dengan sabda Nabi SAW, "Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram dan solat paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam." (Muslim, Riyadhussalihin, Kitab Al Fadhail 117).
2. Puasa Asyura pada 10 Muharram. Dari Abu Qatadah r.a mengatakan :“Nabi SAW ditanya tentang puasa pada hari Asyura, kemudian baginda menjawab, ‘Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang  telah lalu.” (Muslim, Riyadhussalihin, Kitab Al Fadhail 262).
3. Puasa Tasu'a pada 9 Muharram. "Dari Ibnu Abbas r.a beliau menceritakan, ketika Nabi S.A.W melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa. Kemudian ada sahabat berkata, “Ya Rasulullah sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Tahun hadapan kita akan berpuasa pada tanggal 9. Namun belum sempat sampai tahun hadapan, Nabi S.A.W sudah diwafatkan.” (Bukhari).
Selamat menghayati kemuliaan bulan Muharram yang suci ini dan selamat menjalani amalan kebaikan. Moga kita beroleh pahala dan rahmatNya. Aamiin.
 
Kredit SINI

4 comments: