Gejala Premenstrual Sindrom atau PMS menjadikan wanita lebih sensitif. Betul ke?

Walaupun bukan semua perempuan alami premenstrual sindrom atau PMS, namun kebanyakan dari mereka mengalaminya. Senang kata, sapa sapa je boleh alaminya. 

Bila datangnya bendera merah, mulalah rasa tak menentu. Rasa tertekan, mudah cemas, cepat melenting, kemurungan dan kadang-kadang menangis. Jiwa tertiba bertukar jadi sensitif. Nak bercampur gaul dengan orang dan bersosial pun takde mood. Dia lagi suka menyendiri dan avoid dari berjumpa orang ramai sampai dia rasa okey dan perasaan kembali stabil. 

Gejala Premenstrual Sindrom atau PMS menjadikan wanita lebih sensitif. Betul ke?
Gejala Premenstrual Sindrom atau PMS menjadikan wanita lebih sensitif. Betul ke? Image Google.

Walaupun PMS ni normal je jadi pada seorang perempuan, namun kehadirannya boleh menggangu aktiviti seharian jugaklah. Ye lah, benda berkaitan dengan fizikal, emosi dan psikologi kita kan. Lagi-lagi hal yang melibatkan perubahan hormon, memang memeningkan kadang-kadang.

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa penyebab yang boleh meningkatan risiko PMS ni, iaitu; 

  1. Perempuan yang pernah melahirkan terutama yang pernah alami komplikasi semasa mengandung  dikatakan berisiko kena PMS teruk. 
  2. Perempuan yang dah kawin dikatakan lagi banyak alami PMS kalau nak dibandingkan dengan yang belum kawin.
  3. Perempuan berumur 30 hingga 45 tahun lebih berisiko.
  4. Stress.
  5. Mereka yang mengalamkan diet pemakanan yang kurang sihat contohnya tinggi gula, garam, coffee, teh, coklat, air gas, produk tenusu dikatakan boleh menambah gejala PMS.
  6. Kekurangan zat mineral seperti vitamin B terutama B6, vitamin E, vitamin C, magnesium, zat besi dan sebagainya.
  7. Kurang bersukan dan exercise.

Gejala Premenstrual Sindrom atau PMS menjadikan wanita lebih sensitif. Betul ke?
Gejala Premenstrual Sindrom atau PMS menjadikan wanita lebih sensitif. Betul ke? Image Google. 

Menurut seorang pakar, Dr Rushmini Maris Ismail, ada 4 jenis dan gejala PMS ni. Pertama, jenis A iaitu anxiety. Gejala yang berlaku adalah seperti cemas, sensitif dan ketegangan saraf. Ada jugak sesetengahnya alami depresi sebelum haid. Ini disebabkan ketakseimbangan  hormon iaitu hormon estrogen terlalu tinggi berbanding hormon progesteron. 

Seterusnya adalah jenis H iaitu hyperhydration. Gejala yang dialami jenis ni adalah pembengkaka, perut kembung, sakit dan bengkak pada breast, bengkak kaki tangan dah berat badan naik sebelum haid. Gejala ni jugak boleh dirasai bersama gejala PMS yang lain. Bengkak ni jadi akibat air yang terkumpul pada jaringan di luar sel iaitu ekstrasel sebab tahap garam/gula yang tinggi pada diet mereka. 

Jenis C atau craving, iaitu penandanya  senang rasa lapar pastu suka makan makanan yang sweet sweet. Keadaan ni boleh mencetuskan gejala hipoglikemia seperti letih, papilation, pening kepala dan yang lebih dasat lagi boleh jatuh pengsan. Benda ni disebabkan oleh peningkatan hormon insulin dalam badan secara tiba-tiba. 

Jenis yang terakhir adalah jenis D iaitu depression. Murung, rasa nak nangis, lemah, insomia, pelupa, bingung, susah nak ucapkan kata-kata (verbalisasi) dan yang lebih serius lagi bila ada yang rasa giveup nak hidup adalah antara gejala jenis ini. Katanya, PMS jenis ni jugak adalah disebabkan oleh hormon progesteron dalam kitaran haid jadi lagi tinggi berbanding estrogen. 

Jangan risau, setiap permasalahan itu pasti ada cara nak atasinya. Macam PMS ni, kalau tak diatasi dah tentu boleh pengaruhi kualiti hidup seseorang perempuan itu. Kalau PMS yang terlalu teruk pulak boleha buat seseorang tu hilang pertimbangan. Seram kan, sebab sebelum ni kita ingat benda ni biasa je, tak bahaya and normal pada semua perempuan. 

Gejala Premenstrual Sindrom atau PMS menjadikan wanita lebih sensitif. Betul ke?
Gejala Premenstrual Sindrom atau PMS menjadikan wanita lebih sensitif. Betul ke? Image Google.

Ada kajian saintifik kata PMS boleh dirawat dengan membetulkan gizi pemakanan, iaitu makanan yang diambil adalah jenis makanan yang boleh tingkatkan penghasilan nuerotransmiter dalam otak. 

Nuerotransmiter ni boleh buat seseorang itu gembira dan aktif. Tapi, bila hormon tinggi masa datang haid, ini akan ganggu penghasilan nuerotransmiter. So, pengambilan makanan yang kaya acid amino penting seperti daging lembu, ikan dan susu yang mana ia adalah unit asas bagi protein dan protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan. 

Makanan yang berasaskan daging dikatakan sesuai untuk mereka yang mengalami keresahan dan kemurungan. Makanan lain seperti pai, currypuff atau makanan manis berinti daging bagus kerana kehadiran glukosa di dalamnya merangsang penyerapan acid amino ke otak dengan lebih sekaligus meningkatkan tahap nuerotransmiter.

Kredit info ruangan Diari Doktor.

Post a Comment

1 Comments