Kita ni orang perempuan bila mengandung memang tahap kesihatan kita sukar untuk diramal. Hari ni sihat okey je. Cergas, aktif ke sana sini. Tapi esoknya pulak tiba-tiba jadi lesu, letih, tak bermaya. Meledorr je kat atas katil nun.

Kita sendiri pun boleh jadi tak faham dengan keadaan badan kita sendiri kan. So, untuk atasi atau kurangkan simptom ni semua apa lagi mesti pengambilan ubat la disyor kan? Betul tak? 

Kalau cikla, time mengandung dulu sebolehnya taknak la amik sebarang ubat melainkan yang disyorkan oleh doktor. Risau gak kan lagi-lagi kalau ubatan tu semua bagi kesan pada baby dalam perut tu. Lagi jadi double masalah nanti. 

So, apa solution terbaik agaknya untuk bantu ibu-ibu mengandung ni ye?

Jawapannya, madu.

Ehh, bukannya madu yang lagi satu tu ye. Kalau yang tu silap-silap bergegor dinding umah kang. Hihi. Ibu boleh mengambil madu sebagai supplement atau makanan tambahan atau penggantian ubat untuk melegakan 'ketakselesaan' si ibu. 

Lagipun ia adalah salah satu makanan yang sihat untuk ibu mengandung. 

Antara kandungan nutrien yang ada dalam madu adalah air, karbohidrat, vitamin (B dan C) serta mineral (kalsium, zat besi dan sodium). Jadinya, ibu mengandung ni memang sangat sangat sangat digalakkan ambil madu sebagai sumber tenaga. 

Khasiat madu ni memang banyak lebih-lebih lagi untuk kesihatan. Hurmm, semua orang dah tau kot. Tapi takpe, cikla nak kongsi 3 manfaat madu ni dan lebih kepada nak resfresh balik la kan kot mana tau ada yang tak tau kan atau first time tau pasal ni.

Kenapa madu boleh dijadikan pilihan supplement terbaik untuk ibu mengandung?
Kenapa madu boleh dijadikan pilihan supplement terbaik untuk ibu mengandung? Kredit Google. 

1. Madu sebagai agen antibodi yang bagus.

Perubahan luaran dan dalaman yang dialami oleh ibu mengandung menyebabkan ibu mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Lagipun dalam masa si ibu menyesuaikan diri dengan baby dalam perut tu, keadaan badan mereka jadi agak lemah. 

Jadi, memang dikhuatiri memudaratkan si ibu kalau dia ambil sebarang ubat tanpa nasihat pakar. Jadi, madu adalah pilihan terbaik sebab supplement semulajadi untuk menguatkan antibodi mereka.

2. Madu dikatakan dapat mengatasi masalah perut meragam.

Rasa pedih ulu hati, perut meragam dan tak selesa selalu je dialami oleh kebanyakan ibu mengandung. So, madulah pilihan terbaik untuk bantu legakan rasa-rasa tak best ni semua. Apa kata try amik madu dengan segelas susu kalau perut rasa tak selesa. 

Jangan risau, madu tak akan membuatkan ibu rasa loya tapi ia akan menjadi agen pemanis semulajadi dalam makanan kita. 

3. Madu dipercayai dapat bantu kurangkan morning sickness.

Morning sickness amat menjengkelkan. Tapi percayalah itu adalah momen terindah yang ibu ibu akan kenyang masa tua nanti. Haha. Selalu muntah, pening pastu emosi pulak asyik ke laut je memang memenatkan si ibu. 

Jangan pandang remeh tau morning sickness ni sebab keadaan ni boleh buat ibu jadi dehidrasi dan hilang selera makan. 

Apa kata try atasinya dengan mengambil sesudu madu setiap pagi sebelum makan. InshaAllah akan membantu ibu ibu rasa lebih nyaman. 

Moga bermanfaat. 

Kredit info Catatan Kehamilan oleh Naimah Muhammad.