23 February 2020

Petua mudah jaga kuku supaya sihat dan cantik.

Korang tau tak, penjagaan kuku sama pentingnya dengan organ lain seperti kulit dan rambut. So, jangan ambil mudah pasal ni terutama mereka yang suka memakai pewarna kuku. 

Lagi satu, kalau korang nak tau hakikatnya kuku boleh rosak bila korang mengalami peningkatan usia korang. Ada tip yang mudah sangat yang korang boleh amalkan untuk dapatkan kuku yang sihat dan cantik. Nak tau?

  1. Minum air yang cukup untuk mengelakkan kuku menjadi kekeringan. 
  2. Ambil makanan tinggi kalsium seperti susu, keju dan kacang. Oh ye, bila korang ambil kalsium sebagai makanan tambahan, penting juga mengambil vitamin D untuk bantu kalsium diserap dengan lebih baik. 
  3. Menggunakan bahan semulajadi untuk merias kuku. 

Petua mudah jaga kuku supaya sihat dan cantik.
Petua mudah jaga kuku supaya sihat dan cantik. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Petua mudah menggunakan bahan semulajadi merias kuku.

Guna madu, zaitun dan telur.
  • Fungsi untuk lembutkan dan lembapkan kuku. 
  • Cara : campur madu dan minyak zaitun dan masak keduanya. Kemudian, biarkan sejuk sebelum dicampur dalam telur yang sudah dipukal. Lepas tu, sapu campuran tersebut pada kuku dan biar 10-20 minit sebelum dicuci dengan  air. 

Guna limau/lemon.
  • Fungsi untuk putihkan kuku seterusnya mengelakkan kuku dari jangkitan bakteria. 
  • Cara : Campurkan air perahan limau/lemon dalam ubat gigi. Lepas tu, sapu pada kuku dan biar sampai kering sebelum dicuci bersih. 

Guna bawang putih.
  • Fungsi untuk mengelakkan kuku terkena jangkitan yang boleh menyebabkan kerosakan kuku. 
  • Cara : Bawang putih diparut nipis dan sapu pada permukaan kuku. Biar dalam 15 minit gitu sebelum dibilas bersih. 

Guna belimbing buluh.
  • Fungsi untuk membersihkan kotoran yang tertinggal di celah kuku, sekaligus menguatkan kuku. Ini kerana belimbing besi kaya dengan zar besi. 
  • Cara : Hiris buah secara nipis dan oles pada kuku sebelum dibilas bersih. 

Guna betik. 
  • Fungsi untuk menguatkan kuku supaya kuku tak menggelupas dan mudah rosak.
  • Cara : Guna getah pada betik dan sapu pada permukaan kuku. Biarkan sampai kering dan bilas untuk merapi getah pada bahagian tepi kuku. 

Selamat mencuba. 

Kredit ruangan WM, Harian Metro. 

1 comment: