Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.

Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera. | Aloe vera atau lidah buaya dah famous sejak ribuan tahun dulu lagi. Penggunaannya yang paling biasa adalah dalam bidang kecantikanlah, untuk rawat dan dapatkan kulit cantik. Maklumlah, benda kaya dengan macam-macam nutrien (antioksidan, vitamin, asid amino, mineral), tak kan nak tengok je kan. Kenalah manfaatkan dia. 

So, jom check macam mana si aloe vera ni buat kerja nak atasi masalah kulit korang tu dan bagi kulit korang cantik. 

Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera. 

Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.
Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera. Gambar ubahsuai dari Google. 

1. Masalah kulit kering - Kajian mengatakan, aloe vera terdiri dari 99% air. So, dia ni sangat power nak bagi kulit korang tu sentiasa moist dan tanpa meninggalkan kesan berminyak. 

2. Masalah kulit berjerawat - Oleskan gel alovera yang fresh (ekstrak terus dari batangnya) pada kulit korang yang bermasalah itu. Sifatnya yang antibakteria dan anti radang sangat bagus merawat masalah yang cikla tulis sebelum ni. Janji kena rajinlah kan. 

3. Masalah kulit sunburn - Mereka yang kerap berjemuran di bawah sinaran matahari sangat terdedah kena sunburn kan. So, apa kata sebelum korang mendedahkan kulit korang tu, eloklah oles gel aloe vera pada kulit tu. Ada je kot sunblock yang ada kandungan aloe vera kat dalam dia. Carilah nilai SPF yang sesuai dengan kulit korang. 

4. Masalah kulit cepat nampak tua - Aloe vera membantu melambatkan proses anti-penuaan kulit. Tak dinafikan semakin meningkat usia, pengeluaran kolegan dan elastin semakin berkurang. So, aloe vera boleh bantu korang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen. 

Tapi, cikla nak ingatkan, kalau kulit korang jenis super sensitif kenalah minta nasihat yang pakar ye sebelum nak apply gel krim ni semua. Takut nanti, masalah asal tak settle, masalah lain pulak timbul.

Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.
Jom atasi masalah kulit dengan aloe vera.

Psstt, dalam minyak urut moden MMG pun ada aloe vera tau. 

#sharinginfo
Share:

3 comments:

  1. kaella guna yang ni jugak. sedap je tepek dekat muka. kaella beli dekat guardian.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth Sis Cik La. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  3. banyak guna aloe vera ni... cuma tulah, rajin tak rajin je

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Owner


I am Cikla Shahril (Shahila Shahril).
Isteri, ibu, part time blogger, hypothyroid dan suri bisnes. Positive vibes.

Any reviews or collaboration, just send email at arinillalove82@gmail.com

Blog Page

Business Page

Latest Post

Recent Posts Widget

Say Something Here