Macam mana nak atasi masalah sambungan Internet yang selalu terputus dan perlahan? Meh baca ni.

By Cikla Shahril - February 28, 2020

MACAM MANA NAK ATASI MASALAH SAMBUNGAN INTERNET YANG SELALU TERPUTUS DAN PERLAHAN? MEH BACA NI. Rasanya zaman sekarang, manusia dan Internet sukar untuk dipisahkan. Mana taknya, ada orang setiap hari wajib layari Internet nak check FB lah, twitter lah, emaillah, macam-macam. Itu belum lagi pencarian info macam berita ke, dekat sana. Pendek kata, takde Internet suramlah kehidupan. Haaa, gitu.

Untuk pengetahuan korang, kat Malaysia ni memang banyak jaringan Internet yang ada kan. YES la, TM la, ehh banyak lagi la. Macam cikla, cikla guna MAXIS je. Maklumlah, excess pun dekat phone je kan. Tapi itulah, kadang-kadang ada masanya tengah syok syok tengok FB, tengok YouTube tetiba line jadi slow. Dan yang paling sadiss bila tetiba putus. Hilang dari radar. Huhu.

Sebenarnya masalah ni boleh settle, nak tau? Jom kita check ni satu-satu. Check it out!

Cara nak atasi masalah sambungan Internet terputus dan perlahan.


Semak Data Plan limit.

Kebanyakan telefon dah ditetapkan had penggunaan data. So, kalau dah sampai limit dia biasanya sambungan akan disekat. Nak senang, korang off je data plan limit tu. Buka Settings > Data Usage.


Restart Akses Data.
Korang masuk ke bahagian menu kemudian off kan fungsi data selama beberapa saat, pastu on balik. Cara ni korang REFRESH balik dan akan elok semula.


Reset APN.
Cara nak reset APN, korang pergi ke Settings > Mobile Networks > Access Point Name, lepas tu tap pada bahagian kanan atas skrin telefon korang untuk reset APN.


Masuk ke mod Airplane.
Ubah mod telefon ke mod Airplane untuk beberapa saat, ni sama macam "System Refresh", so masalah Internet slow boleh settle.


Factory Reset.
Cara last lagi ekstrem, guna kaedah factory reset. Korang pergi ke dekat setting.


Moga bermanfaat.

Kredit info dari Grup PetuaDanKesihatan.

  • Share:

You Might Also Like

3 Orang yang komen.

  1. internet slow ni memang menguji kesabaran. nice sharing cikLa :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. Data inteenet da jd wajib laju. Stress bila xtau jalan, waze problem

    ReplyDelete
  3. jarang-jarang guna data sebb ada wifi tapi tulah problem slow ni selalu je muncul

    ReplyDelete

[PERINGATAN]Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.
[PENAFIAN]www.ciklapunyabelog.blogspot.my dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.