Roti telur cheese paling senang di dunia.

By Cikla Shahril - February 13, 2020

ROTI TELUR CHEESE PALING SENANG DI DUNIA. Hai korangg, Cikla nak share resepi paling senang di dunia. Hihi. Kebetulan ada lebihan cheese ritu, teringin plak nak makan roti telur cheese. Cikla buat ni yang paling senang gilalah. Nak kata malas lagi, memang kena seligi jap lagi. Senang je nak buat, guna 3 bahan je. Ada roti, cheese dengan telur, dah boleh buat dah.

Roti telur cheese paling senang di dunia.


Roti telur cheese paling senang di dunia.
Roti telur cheese paling senang di dunia. 

Cara :
  1. Pecah telur dalam bekas yang sesuai, letak la garam sikit ke (tak letak pun takpe sebab cheese dah masin kan. Pastu korang nak tabur black pepper ke apa ke suka hati korang la. Pukul telur tu dengan penuh kasih sayang. 
  2. Panaskan kuali leper. Takde kuali rope gitu, kuali biasa pun takpe. Letak sikit minyak zaitun. Minyak biasa pun ok. Biar panas sekejap.
  3. Ambil 2 keping roti, letak cheese lepas tu celup ke, golek golek ke, guling guling ke roti tu kat dalam telur tadi.
  4. Pastu, masukkan dalam kuali tadi. Balik balik kan sampai warna dia cun kekuningan. Kalau korang suka garing, biarkan lama sikit. Tapi, janganlah sampai rentung pulak.

Roti telur cheese paling senang di dunia.
Roti telur cheese paling senang di dunia. 

Dah siap! Angkat. Sedap di makan begitu saja satu cicah dengan sos kegemaran. Yang satu tu cikla letak extra cheese. Tu yang meleleh tu. Yummy. 

  • Share:

You Might Also Like

3 Orang yang komen.

  1. Memang senang bangat tu!! Bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. perghh cheese dia tu meleleh. Nampak sangat sedap 😋. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  3. Selalu buat roti telor je belum pernah letak cheese.
    Lain kali boleh cuba

    ReplyDelete