Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!

By Cikla Shahril - July 29, 2018

Cikla agak semua orang tau sekarang ni musim durian. Buktinya? Memang ramai dah cikla nampak orang jual raja buah ni walaupun harganya masih wow, mahal wehhh! 

Semalam, masa hantar Ammar, Zara dan opah balik kampung sebelum sampai rumah tu, saja-saja je pusing-pusing bandar baru Kuala Selangor kot-kot ada durian murah kan. 

Nak dijadikan cerita, orang tua-tua cakap kalau dah rezeki tak ke mana, berjumpa jugalah kami dengan orang yang menjual durian agak murah. Sekilo RM8! Murah ke mahal? Hehe.

So, disebabkan tiba-tiba kepingin pula nak makan durian sebab selalu nauuuu tengok orang post durian di timeline Facebook di sana-sini, maka berhentilah untuk mengusha pada awalnya. Encik suami pilih-pilih. Di kerlingnya cikla di sebelah bagi hint suruh pilih sama. 

Apa lagi, bila dah dapat green light dengan pantas daku memilih. Selesai memilih, menimbang dan membayar, kami pun pulang. Tak sabar wehhh! Baunya taulah kan, macam mengejek-ngejek pulak. Lagilah tak tahan!

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Tapi, sebelum korang nak melantak durian tu, korang kena tau ada beberapa hal atau perkara penting mengenai buah berduri banyak ni. Sejujurnya, ada yang cikla baru tau. Korang nak tau tak? Moh kita baca.

Kalau korang nak tahu, buah durian kaya dengan asid amino tryptophan yang mana ia dikatakan mampu memberi ketenangan fikiran. So, ia amat sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

Bahan bau yang wujud dalam durian iaitu Organosulfur adalah bersifat anti kanser, antioksidan, anti-mikrob dan antihipertensi. Itu sebabnya, durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.

Mereka yang mengidap kencing manis TAK BOLEH memakan durian secara berlebihan sebab kandungan gula yang ada di dalamnya sangat tinggi. Nehi, Nehi Nehi! 

Keadaan ini boleh menyebabkan paras gula menjadi tak terkawal dan boleh menyebabkan ketoacidosis. It is very dangerous!

Selain itu, mereka yang mengalami masalah buah pinggang kronik (end stage renal failure, ESRF) dan perlu menjalani dialisis TAK BOLEH makan durian. Paling bagus, JANGAN makan langsung sebab durian tinggi dengan potassium.

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!
Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian! Sumber Google. 

Untuk pengetahuan korang, kandungan potassium yang tinggi ini akan mengakibatkan pesakit mengalami sesak nafas, sakit dada, dan rentak jantung menjadi perlahan (bawah 40/minit). 

So, rawatan emergency haemodialysis perlu dilakukan. Kalau tak, pesakit boleh mengalami kegagalan jantung dan membawa maut. Nauzubillah, minta dijauhkan! 

Di samping itu, mereka yang mengalami masalah jantung dan mengambil ubat-ubatan seperti Frusemide dan Slow K juga tak boleh mengambil durian disebabkan oleh kandungan potassium yang tinggi. Kesannya sama seperti yang dalam oleh mereka yang mengidap ESRF.

Korang juga mesti mengelakkan memakan durian bersama paracetamol atau alkohol termasuklah  minuman bergas seperti coca-cola sebab ia mungkin boleh mengakibatkan kesan toksik kepada badan.

Ada orang akan merasa sakit kepala selepas makan durian. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh, pertama mungkin mereka memang ada sejarah migrain sebab durian boleh menjadi trigger kepada serangan migrain. 

Kedua, mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang tak terkawal. Kalau korang nak tau, semasa kita memakan durian, denyutan jantung akan bertambah dan ini akan menyebabkan sakit kepala berlaku. 

Ketiga, durian mengandungi kolesterol dan lemak yang tinggi dan kalau ia diambil terlalu banyak, paras kolesterol akan meningkat lalu menyebabkan pening dan sakit kepala.

Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian!
Perkara yang korang kena tahu sebelum melantak durian! Sumber Google. 

Apa yang penting, makanlah secara sederhana kecuali mereka yang memang tak boleh 'menyentuh' durian langsung. Itulah yang sebaiknya! 

Orang tua-tua cakap, kalau tak nak panas lepas makan durian minum air dari kulitnya. Betul ke tak? Waallahualam! 

Kredit Facebook Mohdzuki @ Shidee

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. nice sharing.. i loveeee durian tapi memang ambil dalam kuantiti yang terkawal. samalah dengan mak pun CT dok ingatkan. kita makan banyak tapi amek sikit2. jangan tibai semua serentak. takutttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cikla pun kalau teringin pun mkn sikit je... Hehe.

      Delete
  2. Makan berpada2, bukan melantak tak hingat dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je WP yg melantak. Lepas tu baru Mcm2 masalah timbul. Huhu...

      Delete
  3. haihhh baca entri ni sambil terbau durian

    ReplyDelete
  4. Sini belum ada durian 😭😭😭
    Jeles tgk org post ttg durian

    ReplyDelete
  5. are you seeking Loan apply helpfiance@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Makan jangan berlebihan gitu.. Durian memang buah yang paling sedap tapi boleh jadi bahaya pada sesetengah orang..

    ReplyDelete