3 tip memilih maskara yang korang kena tahu.

Cikla agak, 'selera' orang bermekap ni tak sama. Ada yang suka mekap nipis dan tipis je, tapi tak dinafikan juga ada yang suka bermekap tebal. Mungkin untuk lebih yakin kot terutama bila berhadapan dengan orang ramai. Bagi cikla, terpulang pada masing-masing kehendak kan. Asalkan tak berlebihan, oklah tu. Nanti orang pandang pelik pulak kan. Hihi!

Walau apapun, bagi cikla istilah cantik itu terlalu subjektif. So, pentafsiran kepada istilah cantik itu adalah berbeza-beza tak kiralah cantik semulajadi atau cantik disebabkan mekap. Dalam banyak-banyak alat mekap, maskara adalah antara yang terpenting. Kalau takde, macam tak complete kan. Betul tak? 

So, nak pilih maskara pun ada caranya juga ye kawan-kawan. Bukan apa, pemilihan maskara yang betul adalah penting supaya bila kita pakai maskara tu nanti, takdelah maskara tu mencacatkan mekap kita.

3 tip memilih maskara yang korang kena tahu.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Semasa membeli maskara, pilih maskara yang mengandungi vitamin yang berfungsi untuk merawat bulu mata. Ia amat penting tau terutama bagi mereka yang selalu mengaplikasikan maskara pada bulu mata mereka. Pilih maskara sesuai dengan aktiviti yang korang nak lakukan. Contohnya, pilih maskara yang bersifat kalis air untuk mereka yang aktif, manakala maskara yang bersifat larut air untuk kegunaan harian dan senang dibersihkan. 

Apa yang terpenting, pilih maskara yang sesuai dengan warna kulit. Contohnya, maskara berwarna hitam dan coklat sesuai untuk mereka yang berkulit gelap, manakala bagi mereka yang berkulit cerah, korang lebih beruntung sebab pemilihan maskara lebih fleksibel. So, memang takde masalah!

Kredit Ruangan Ubah Imej, Majalah Wanita Jun 2018.

4 comments:

  1. tak pernah belek pulak ada vitamin ke tak, ambil yang ada effect volume up je

    ReplyDelete
  2. terbaek.. x dpt bayang kalau ejulz guna maskara.. hehe

    ReplyDelete
  3. aida x brape pakai maskara, cikla.
    takde bulu mata sgt :) hi hi hi

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews