Hadiah terbaik.

By Cikla Shahril - August 23, 2014

"HADIAH TERBAIK SEORANG SUAMI DAPAT BERIKAN KEPADA ISTERINYA ADALAH WAKTU, PERHATIAN DAN KASIHNYA."

Emmm, sungguh mendalam maksud yang tersirat disebalik kata-kata kat atas tu. Kadang-kadang si suami terlupa yang isterinya perlukan apa yang dinyatakan. 

Bukan hanya nafkah zahir dan batin. Ada sesetengah suami fikir, "Ala, aku dah bagi isteri aku tempat tinggal, makan minum yang cukup malah berlebihan pun ditambah pulak dengan nafkah batin yang tak pernah aku lupa. Apa yang kurang lagi?"..

Hadiah terbaik.
Hadiah terbaik.

Sebenarnya kena ingat ye encik suami sekalian, semua keperluan tu memang dah jadi tanggungjawab anda menyediakan. 

Tapi jangan lupa topup perkara-perkara yang boleh memakmurkan lagi hubungan kita dengan isteri iaitu waktu dan perhatian anda untuk isteri. 

Apa guna rumah besar, kereta berbiji-biji dan orang gaji ramai sekalipun, tapi isteri rasa tak bahagia. 

Bak kata orang, hidup dalam sangkar emas, nampak bahagia tapi hakikatnya tidak. Bila waktu dan perhatian sentiasa ada untuk isteri (dan juga anak), automatik kasih sayang akan sentiasa mekar dan kekal selamanya.

Bagi cikla, hal ini sama juga dengan isteri terutama isteri yang berkerja. Jangan terlalu sibuk dengan kerja sampaikan suami dan anak rasa terabai. 

Uruslah masa dengan bijak supaya ia tak akan dijadikan penyebab andaikata si suami merungut nanti. 

Moga ia akan menjadi ingatan untuk kita semua dan diri cikla gak.... 

*image kredit to Facebook.com.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Waktu..perhatian dan kasih syg semestinya hadiah terbaik drp seorang suami...alhamdulillah cukup segalzanya

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuk peirngatan tu cikla =)
    anyway saya membalas kunjungan
    ada masa, moh ler lagi ke blog saya
    Diari Seorang Mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sbb sudi singgah... Nnti kita singgah menyinggah lg k...

      Delete