20 October 2017

# diet dan sihat

Nak tau makanan dan minuman yang boleh menyebabkan angin dalam badan? Baca perkongsian ni.

Nak tau makanan dan minuman yang boleh menyebabkan angin dalam badan? Baca perkongsian ni. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa hampir semua orang mengalami masalah angin dalam badan. Bukan angin yang keluar kat bawah tu ye, ni angin yang kadang-kadang boleh membuatkan kita angin satu badan. Macam cikla pulak, since bersalinkan adik Zara badan dan start ada angin. Selalu kentut dan kadang-kadang asyik sedawa je. 

Kalau angin tu tak keluar dengan cara yang betul, mulalah perut rasa menggelodak, mencucuk dan macam-macamlah. Ada sekali tu, sampai cikla tak boleh nak tunduk. Memang sangat sakit kalau kita buat macam tu. Mujurlah, cikla tuam dengan air panas yang dimasukkan di dalam botol, barulah rasa lega sikit. Kalau takkkkk... Untuk pengetahuan korang, angin ni semua wujud daripada gas di dalam sistem penghadaman ataupun sistem gastro usus (gastroenterologi). Sistem ni mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99% gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur

Gas tak berapa nak best ni dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar, manakala angin yang disebabkan oleh gas atau angin dalam sistem penghadaman badan kita pulak datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria dalam usus besar. Bakteria ini pulak wujud akibat gangguan daripada makanan yang tidak dihadamkan dengan baik. Kalau korang nak tau lagi, angin terbentuk ni jugak terjadi dari apa yang kita makan.

Nak tau makanan dan minuman yang boleh menyebabkan angin dalam badan?

Akan tetapi, orang mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan yang mereka ambil. Ada orang ok makan ni, tapi tidak kita. Kita pulak ok makan tu, tapi orang lain tak pulak. Lain-lain effect. Walaupun masalah angin ni bukanlah satu masalah yang mendatangkan memudaratkan, tapi ia akan menjadikan kita rasa tak selesa sampai menjejaskan aktiviti harian kita.

Nak tau makanan dan minuman yang boleh menyebabkan angin dalam badan? Baca perkongsian ni.


Antara makanan dan minuman yang boleh menyebabkan angin dalam badan adalah seperti berikut;

  1. Sayur: yang berair di dalamnya seperti timun, petola, terung. Segala jenis sayur kacang termasuklah kacang panjang, buncis, taugeh, soya. 
  2. Buah: Cempedak, nangka, petai, jering. 
  3. Minuman: Berkafein seperti kopi, teh, air soda. 
  4. Makanan yang diproses berkali-kali sebelum di makan seperti bihun goreng, mee goreng, kuey tiau goreng, laksa.
  5. Makanan bersantan - kebanyakan menyerang orang sakit gastrik seperti nasi lemak, nasi dagang, pulut dikukus dgn santan. 
  6. Makanan yang kaya dengan gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol juga turut menyumbang kepada pembentukan angin.
  7. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis.
  8. Laktosa: sejenis gula semulajadi (disakarida) yang terdapat dalam produk tenusu dan makanan yang mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
  9. Fruktosa: sejenis ‘gula buah’ terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
  10. Sorbitol: di dapati secara semulajadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah.
  11. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung, gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Akan tetapi, beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin.
  12. Serat (soluble-fiber): mudah larut dalam air kemudian bertukar menjadi tekstur menyerupai gel di dalam usus. Ia jugak boleh di jumpai dalam kacang, oat, bran, kacang panggang dan kebanyakan buah-buahan. Serat larut ini tidak dihancurkan sehinggalah ia sampai ke usus besar di mana proses penghadaman bermula dan angin dikeluarkan. Manakala, seserat tidak larut (insoluble-fiber) melalui usus tanpa sebarang perubahan dan tidak banyak menghasilkan angin. So, orang yang banyak angin dalam badan digalakkan mengambil lebih banyak serat dari jenis ini.
  13. Ais (air batu) atau makanan sejuk yang disimpan dalam peti ais termasuklah buah tembikai. 
  14. Air gas atau minuman berkarbonat seperti air soda. Makanan pun ada yang bergas seperti ubi atau durian.
  15. Ubat-ubatan tertentu yang mengandungi kokain.


Semoga bermanfaat.


Sumber Utusan.

2 comments:

  1. Byk mkanam yg berangin..tq info..tp klu ena paling ketara xbole minum air teh o..mesti perut sebu mual n muntah..byk btol anginnya..minum kopi o ok plak..hehe..

    ReplyDelete
  2. Tq for info ni cikla.. badan mama ni Pula tgh sakit2 Ada angin la ni

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.