23 September 2016

# just sharing and remind

Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak.

Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak suka kan kalau ada 'orang baru'. Maksud cikla orang baru tu baby tau. Mesti kita tak sabar-sabar nak tengok kecomelan baby, tak kiralah saudara mara kita atau kawan-kawan. Tak sabar kot nak tunggu si ibu habis pantang, kita dah pun pergi menziarahi ibu dan baby. Macam si ibu tu pulak, tak kan lah tak bagi datang kan. Hati tetamu tetap kena jaga jugak.

So, kita sebagai tetamu patut tahu akan adab kalau nak menziarahi terutamanya menziarahi ibu yang baru melahirkan. Sebenarnya ada beberapa tips atau adab yang kita boleh jadikan panduan kalau kita nak menziarahi ibu yang berpantang. Apakah tipsnya? Jom baca ni.

Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak.


Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak.
Tips menziarahi ibu yang baru melahirkan anak. Sumber Google.



  • Kalau korang nak datang menziarahi, mintak izin dulu. Maksud mintak izin tu, korang telefon lah dulu tuan rumah tu kot-kot dia dah ada dirumah. Seeloknya, datanglah melawat selepas dua minggu si ibu melahirkan dan janganlah nanti datang lepas pukul 8 malam. Manalah tau, waktu ni tuan rumah nak berehat atau tengah sibuk menguruskan baby dia kan. Nanti kalau korang datang, mana dia nak layan korang, nak uruskan baby lagi. Betul tak?
  • Kalau korang tak sihat, seeloknya biarlah korang sihat betul betul baru nak datang. Lagipun, jangan amik risiko sebab kalau korang masih tak sihat mungkin ia akan berjangkit pada baby. Bahaya kan, sebab baby masih kecil antibodi masih lemah untuk menghalang jangkitan penyakit. 
  • Sebaiknya bertanya khabar ibu dulu. Jangan terus nak terjah je datang rumah nak tengok baby, dan bawaklah buah tangan yang sesuai.
  • Semasa melawat baby di rumah, kalau boleh elakkan dari mengangkat dan memegang baby kalau takde keperluan. Tapi, kalau dah teringin sangat nak pegang baby, jangan lupa mintak izin dulu ibunya tau. Jangan mencium baby di mulutnya sebab dikhuatiri akan menyebabkan jangkitan pada baby. Pastikan pakaian kita bersih, dan jangan lupa basuh tangan sebersihnya dengan sabun dulu sebelum nak pegang tau. 
  • Masa kat rumah janganlah terlalu bising atau riuh rendah bercerita. Lepas tu ketawa kuat kuat. Bak kata orang, tolong jaga perangai tu. Behave sikit! Jangan lama-lama pulak duduk lepak sampai berjam-jam kat situ. Bukan apa, manalah tau si ibu tu mungkin letih dan penat. Nak rehatlah dia, nanti malam kena shift pulak. Hihi. 
  • Tapi itulah, bila kita letak syarat itu ini, nanti ada yang kata kita 'kedekut' anak pulak kang. Tapi, rasanya inilah langkah terbaik kot untuk mengelakkan baby kita terkena jangkitan dari luar. Lagipun, baby baru lahir kan segala galanya masih lemah, terutamanya antibodi yang bertindak melawan jangkitan penyakit. Nanti esok-esok kalau baby sakit, tak kiralah demam, batuk, selsema atau lain lain, siapa yang susah? Kita jugak kan. 


Lagipun kesian tengok baby ni kalau sakit. Kalau sakit yang kronik tu, mesti kena cucuk sana cucuk sini. Hishhh,  Tak sampai hati tengok... ❤❤


Sumber : Facebook.com.

3 comments:

  1. Betul tu cik la. Kinah pernah terima tetamu dtg mlm lepas pukul 8.00 malam secara mengejut pulak tu dia balik dekat pkul 2.00 pgi. Aduhhh suami dah bagi hint pun masih tak faham lagi.

    ReplyDelete
  2. setuju..! ad jgk yg wt x reti

    ReplyDelete
  3. hihi. ade jgk yg jenis dtg mlwt ibu je cik la :) anak tk tgk lgsung.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.