'santai tapi sampai'

Rasanya tak terlambat lagi kalau cikla nak mengucapkan selamat menyambuf hari kemerdekaan yang ke-67 kepada sahabat cikla yang  membaca core...

Merdeka! Apa lagi kita mahukan?

Rasanya tak terlambat lagi kalau cikla nak mengucapkan selamat menyambuf hari kemerdekaan yang ke-67 kepada sahabat cikla yang membaca coretan cikla ni. Macam biasalah, bila tiba Hari Kebangsaan atau Merdeka, ia disambut dengan penuh semangat patriotik. Memasang bendera di rumah, ada yang memasang lagu kebangsaan dan semangat 'Malaysia Boleh' berkobar-kobar. 

Tapi, selepas korang tepuk tangan atau nyanyian berakhir, apa lagi yang boleh korang lakukan? Adakah cukup dengan sekadar angkat bendera di luar rumah dan update status di media sosial dengan kata-kata "Selamat Hari Merdeka!"?

Merdeka! Apa lagi kita mahukan?
Merdeka! Apa lagi kita mahukan? Kredit image to canva.com

Ehh, dah tentu tak ye kawan-kawan! 

Semangat Merdeka ni sepatutnya tak berhenti kat takat tu je. Ia sebenarnya lebih kepada bagaimana korang mengisi dan menakrifkan erti kemerdekaan ini dengan tindakan yang boleh memberi kesan untuk masa depan negara terutamana. 

Iyelah, mungkin selama ni korang semua sibuk dengan kerja, keluarga dan apa je hal yang tak pernah habis. Tapi, sekurang-kurangnya, cuba korang lakukan sesuatu yang kecil tapi bermakna demi cinta ini. Ehhh, tiber! Haha. 

Apa yang korang boleh buat? 

1. Korang mesti selalu dengar, “Selamatkan bumi!” Tapi, berapa ramai yang betul-betul melakukan ini. Jawapan mudah adalah, dengan kitar semula? Kalau setiap rakyat Malaysia mula mengitar semula, walaupun mungkin hanya sebotol air sehari, bayangkan impak positif yang boleh  dihasilkan. Kitar semula itu sebenarnya “cool” jugak ye gais. So, kalau nak nampak lebih hipster sambil membantu negara, ini caranya! Haha.

2. Tak salah kalau sekali-sekala korang nak beli barangan brand luar negara, tapi kalau korang benar-benar cintakan negara, apa kata lebihkan sokongan terhadap produk tempatan? Beli makanan dari gerai makcik di tepi jalan atau produk buatan Malaysia. Siapa tahu, roti canai makcik itu mungkin yang terbaik di dunia! Serius! Hihi.

3. Korang sebelum ni mungkn selalu bercakap tentang hak sebagai rakyat, tapi macam mana dengan tanggungjawab korang? Jadi, korang boleh mulakan dengan perkara yang kecil, contohnya jangan buang sampah merata-rata, hormati jiran dan ikut peraturan jalan raya (termasuk isyarat lampu merah itu). Benda ni mungkin nampak cam remeh, tapi inilah sebenarnya langkah kecil ke arah perubahan besar. Percayalahh.

4. Di Malaysia, korang kenalah berbangga dengan kepelbagaian budaya. Jadi, kenapa tak luangkan masa untuk kenal lebih dekat budaya rakan-rakan korang yang berlainan kaum? Ajak dorang makan-makan ke atau sertai perayaan mereka (tapi kena ada batasnyalah kan). Kalau ada peluang makan kuih raya lebih, siapa yang tak suka, kan? 

Merdeka! Apa lagi kita mahukan?
Merdeka! Apa lagi kita mahukan? Kredit image to canva.com

Sempena Hari Merdeka ini, mari kita raikan dengan bukan hanya rasa bangga, tapi jugak dengan azam untuk menjadikan negara ini lebih baik. Kalau kita semua ambil langkah kecil, lama-lama ia akan membawa kepada perubahan besar.

Selamat Hari Merdeka, Malaysia! Jangan lupa, selepas bersorak “Merdeka!”, teruskan usaha untuk memajukan negara. Lagipun, siapa lagi yang akan buat kalau bukan kita? Ayuh! 

2 comments:

  1. Betuuul. Cinta tanah air adalah satu bentuk keimanan juga. Jangan cuma cakap kita cinta negara kita, tp tak ada perilaku yg menunjukkan itu. Buang sampah sembarang, tak bertoleransi terhadap suku agama dan ras lain, itupun salah satu karakter yg tak cinta negara.

    Indonesia juga merayakan kemerdekaan Agustus, hanya beda tgl saja. Saya berharap masing2 rakyat di negara ini semakin mengedepankan sikap cinta tanah air dengan berbuat yg baik untuk negara masing2.

    Happy independence day Malaysia. Negara ini pun selalu jadi tempat favorit saya utk liburan ❤️😊

    ReplyDelete
  2. dah ada anak ni fokus fahamkan konsep merdeka dekat anak-anak pula

    ReplyDelete