'santai tapi sampai'

Hypothyroidism kadangkala boleh menyebabkan pengekalan cecair atau  water retention yang lebih dikenali dalam istilah perubatan iaitu edema....

Hypothyroid dan bengkak kaki.

Hypothyroidism kadangkala boleh menyebabkan pengekalan cecair atau water retention yang lebih dikenali dalam istilah perubatan iaitu edema. Ia adalah keadaan yang terhadil bila kebocoran air ke dalam tisu badan dan darah. Ini boleh menyebabkan bengkak di pelbagai bahagian badan, termasuk kaki.

Apabila kelenjar tiroid tak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi, ia boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam badan, yang membawa kepada pengumpulan cecair dalam tisu.

Walau bagaimanapun, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan lain, seperti penyakit jantung, penyakit buah pinggang atau venous insufficiency (sila Google untuk info lanjut).

Hypothyroid dan bengkak kaki.
Hypothyroid dan bengkak kaki. Image kredit to ADAM.

Adalah penting bagi seseorang pengidap hypotiroidsm yang mengalami kaki bengkak,  untuk berunding dengan doktor yang merawat bagi menentukan punca sebenar dan mendapat rawatan yang sesuai.

Rawatan untuk hipotiroidisme biasanya melibatkan terapi penggantian hormon (Thyroxine) untuk memulihkan tahap hormon tiroid kepada normal, yang boleh membantu mengurangkan gejala termasuk "water retention" dan bengkak.

Kredit : Grup FB Tiroid dan Anda Ori.

1 comment:

  1. kena cari diet yang betul, insyaallah boleh baik

    ReplyDelete