'santai tapi sampai'

Dah buntu nak masak menu ayam apa, meh try resepi ni. budak-budak mesti suka sebab tak pedas pun. Jom tengok bahan-bahannya dulu.  Bahan-bah...

Buttermilk chicken.

Dah buntu nak masak menu ayam apa, meh try resepi ni. budak-budak mesti suka sebab tak pedas pun. Jom tengok bahan-bahannya dulu. 

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada
Tepung goreng ayam Bestari
Bawang putih
Bawang holand/bawang merah
Cili api (merah & hijau)
- 1 keping cheese slice Cheddar
1/2 mentega (salted or unsalted boleh)
2 tangkai daun kari
1 mangkuk/tin susu cair (any brand)

 Cara masak ayam goreng :

1. Ayam dipotong dadu. Jangan terlalu kecil ataupun besar. Sedang sedang sahaja ya saiz sebab nanti nak salut tepung and telur.

2. Gaulkan ayam dengan telur dan kemudian salutkan dengan tepung goreng ayam bestari.

3. Ketika salutkan ayam, panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ayam yang telah disalut satu per satu. You guys kena kerap gaul ayam tu supaya tak melekat dan hangus.

4. Tapiskan ayam yang digoreng dan siap sediakan bahan untuk masak kuah buttermilk.

Buttermilk chicken.
Buttermilk chicken. 

Cara memasak buttermilk:

1. Masukkan 1/2 mentega dan gaul sehingga cair. Makesure api kecil ya supaya mentega tak hangus.

2. Kemudian, masukkan bawang merah atau bawang holland dan juga cili api sekali. Cili api korang boleh letak cili api hijau lebih kalau nak pedas Kalau nak biasa biasa. boleh letak sama amount dengan cili api merah.

3. After dah masukkan kedua bahan tu, masukkan pula daun kari yang telah dibasuh. Gaul untuk berapa minit kemudian masukkan bawang putih. Gaul sehingga naik bau. Api masih dalam keadaan kecil ya.

4. Next, masukkan susu cair satu tin dan gaul sekejap. Kemudian, masukkan 1 keping cheese slice cheddar dan kacau hingga sebati.

5. After cheese dah sebati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati.

6. Sambil gaul, you guys letak garam separuh sudu kecil dan kacau. Dalam masa sama, you guys kena kerap rasa ya supaya takda yang terkurang. Kemudian tutup api.

Selamat mencuba guys!

Kredit resepi dan gambar to Neesazm.

2 comments:

  1. Alhamdulillah bestnya masak sedap

    ReplyDelete
  2. Saya suka buttermilk, tapi selama ini tak pernah buat sendiri. Selalu pesan. Nantilah nak coba sesekali. Lihat resep kakak, tak terlalu banyak bahan dan nampak simple 😍. Saya tak pandai masak, jadi resep simple begini saya suka.

    ReplyDelete