Pernah tak korang tiba-tiba rasa jantung korang berdegup laju, pastu rasa macam sesak nafas? Haaa, jaga-jaga mungkin korang alami serangan panik.
Kalau korang nak tau, serangan panik atau panic attack ni adalah salah satu masalah kecelaruan mental yang berpunca dari rasa marah dan kecewa, sehingga menjadi bimbang dan kemurungan.
Cikla tak nafikan perasaan marah dan kecewa tu kan normal bagi seeorang manusia, tapi kalau ia berlaku berpanjangan pun tak elok gak tau sebenarnya.
Lepas tu, ada sesetengah orang plak fikir keadaan jantungnya yang berdegup laju tu simptom mungkin dia ada sakit jantung, tapi by bukan.
Serangan panik masalah kecelaruan mental? Jom baca kalau nak tau. |
Untuk pengetahuan korang, serangan panik ni terbahagi kepada dua iaitu serangan panik biasa dan penyakit panik. Serangan panik biasa ni sesiapa je boleh kena. Dan, kalau berlaku pun mungkin dua tiga kali seumur hidup dia.
Tapi, penyakit panik pulak lebih bahaya sebab ia mungkin boleh berlaku berulang-kali, paling teruk sampai tiga empat kali sehari atau seminggu. Uishhh, bahaya kan!
- Rasa takut.
- Dengup jantung laju.
- Mulut kering.
- Sesak nafas.
- Rasa tercekik.
- Mual.
- Menggeletar.
- Berpeluh,
- Jari rasa sejuk.
- Perut memulas.
- Otot di bahu dan tengkuk menjadi tegang.
Kalau seseorang itu mengalami empat dari simptom yang cikla list kan kat atas tu, diagnosis positif ini menunjukkan dia mengalami serangan panik.
Ohh no! Alamak, bila baca simptom kat atas tu ada beberapa simptom yang cikla pernah kena.
Hurmm, apa yang cikla pernah baca, katanya orang yang kena serangan panik ni bila rasa takut dan bimbang tu menyerang, mereka akan mengasingkan diri dari orang ramai. Suka duduk sorang sorang, berkurung dalam bilik.
Kalau korang nak tau jugak, serangan panik ni gak orang selalu confius dengan serangan jantung denan tiroid sebab menunjukkan simptom yang sama. So, pepehal pergilah check ke pakar kalau nak confirm kan.
Tapi korang jangan risau. Setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting jangan mudah putus asa dan menyerah sebelum kalah.
Serangan panik masalah kecelaruan mental? Jom baca kalau nak tau. Gambar carian Google. |
Memula sekali korang yang mengalami masalah ni mestilah pergi berjumpa dengan pakar psikiatrik untuk confirm kan apa masalah korang sebenarnya. Dah confirm barulah boleh dapatkan rawatan yang sepatutnya, iaitu :
- Mengambil ubat-ubatan (atas nasihat doktor) untuk menyeimbangkan kadar bahan kimia dalam saraf yang seterusnya akan mengawal rasa panik korang tu.
- Menjalani terapi psikologi iaitu korang boleh share 'feeling' korang tu dengan doktor. Hurmm, lebih kepada berbincanglah kan. Apa punca korang jadi camtu dan boleh cari solution untuk mengatasinya.
- Melibatkan hal-hal kerohanian seperti solat, berzikir, bertafakur dan cara pengurusan stress itu sendiri.
- Aspek sosial, yang mana doktor pakar membantu dari segi perbincangan dengan majkan (jika melibatkan kerja korang), pemahaman keluarga dan rakan dalam memberi sokongan kepada korang menjalani rawatan.
Apa yang penting, dapatkan rawatan awal supaya masalah ini dapat ditangani. Cepat dapatkan rawatan, ceptatlah baiknya. InshaAllah.
Kredit : Dr. Jannah, Pakar Psikiatri, PPUitm. Ruangan Sihat, Metro Ahad.
nauzubillah.. kalo ade kwn2 or org2 sekeliling ada simptom ni jadila support system yg baik. doakan.. n always ada bagi smngat. takot sngt sbb skrng ni tekanan dari pelbagai betuk..
ReplyDelete