Nak tau tak apa yang nyamuk benci sangat? Meh baca ni sampai habis.

By Cikla Shahril - October 21, 2019

NAK TAU TAK APA YANG NYAMUK BENCI SANGAT? MEH BACA NI SAMPAI HABIS. Nyamuk ni memang dah jadi musuh manusia sejak azali lagi. Kalau kena gigit dengan binatang ni, buka takat gatal je kita dapat tapi berisiko terdedah kepada penyakit yang bahaya. Contohnya, demam denggi. Uishh, takutkan sebab penyakit ni semua boleh bawa maut tau. Nauzubillah. 

Selalunya, kalau kita nak halau nyamuk ni apa lagi kalau tak guna spray yang mengamdungi bahan kimia, yang juga berisiko kepada kesihatan kalau kita selalu terdedah dengannya. Nanti nyamuk tak lari, penyakit pulak yang kita dapat. Betul tak? 

Nak tau tak apa yang nyamuk benci sangat? Meh baca ni sampai habis.
Nak tau tak apa yang nyamuk benci sangat? Meh baca ni sampai habis. Gambar dari Google.

So, apa kata kita gunakan cara yang paling selamat, semulajadi dan inshaAllah berkesan untuk menghalau makhluk yang satu ini. Serius cakap, memang nyamuk tak suka dan benci sangat benda yang cikla nak share. Ehh ehh, apa dia tu? Jom check!

  1. Lemon - Selalu kalau cikla, lemon ni cikla biasa buat minum je. Tak tau pulak lemon ni boleh buat halau nyamuk. Kalau korang nak tau, dekat dalam lemon ni ada sejenis bahan nama dia 'citronellal' yang memang fungsi dia menghalau nyamuk. Rupanya, bukan takat buah dia je, daun lemon pun berfungsi menghalau nyamuk. Aroma sitrus dari daun ni memang nyamuk tak suka. 
  2. Bawang putih - Nak guna bawang putih nak halau nyamuk? Boleh je, caranya just hiriskan bawang putih pastu letak hirisan tersebut dekat tingkap atau pintu rumah. Kalau nak lagi ummpphh, korang boleh campur dengan minyak pati lavendar. 
  3. Serai - Haa kalau sebelum ni korang selalu guna serai masa masak rendang ataupun tomyam, lepas ni korang try guna serai nak perhambatkan nyamuk. Tanamlah serai dekat dengan rumah korang, takpun lagi bagus korang tanam dekat bawah tingkap sekeliling rumah. Confirm nyamuk tak datang. Diaorang tengok dari jauh je rumah korang tu. Haha.
  4. Bunga lavendar - Kalau yang ni cikla tau nyamuk tak suka walaupun pada manusia bau atau aroma bunga lavendar memang sangat menenangkan. Sebab apa? Sebab bunga lavendar ni ada sejenis zat yang dikenali sebagai linalool dan lynalyl asetat yang memang dibenci nyamuk.So. lepas ni boleh letakkan pokok lavendar dalam pasu bunga dekat tepi pintu atau tingkap rumah korang. 

Cuba try test, inshaAllah nyamuk tak kan berani dekat! 

Kredit : Ruangan Dekotaman, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Orang yang komen.

  1. Thanks for the info cikla :) Nice sharing~

    ReplyDelete
  2. info yang berguna
    baru tau lemon boleh halau nyamuk juga yea

    ReplyDelete