Orang yang mempunyai masalah kulit sensitif kena baca ini!

Ada orang mempunyai kulit terutamanya kulit muka yang sangat sensitif. Pantang salah sikit, haaa siap sedialah nak hadap kesan dia. Ada sesetengahnya mempunyai kulit yang terlalu tegang dan kering menggelupas. 

Itu belum lagi nak hadap rasa gatal yang keterlaluan sampai melecet-lecet dibuatnya menggaru. Huhu. 

Apa yang cikla alami sekarang macam inilah. Tapi bukan kulit muka, tapi kulit tapak kaki. Tengah menaip ni pun dok menahan gatal. Adehhh.

Rupanya antara penyebab masalah kulit sensitif ni adalah berkait jugak dengan alergik makanan, produk kecantikan yang kita gunakan termasuklah aroma perfume yang kita pakai tu. 

Benda ni semua akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kering dan sudah tentu gatal. Kalau korang nak tau, kulit camni gak lebih nipis dan bertekstur halus. 

Memang cepat jelah dapat kesan dia kalau terdedah pada sinaran matahari atau pencemaran.

Sebenarnya, ada tiga jenis tahap kulit sensitif iaitu tahap ringan, sederhana dan teruk. Kalau tahap ringan tu, Kulit mungkin akan rasa pijar, pastu rasa tegang je kulit. 

Keadaan ni akan menyebabkan kulit jadi kemerah-merahan, iritation, bertompok kering, bercapuk-capuk dan ton kulit jadi tak sekata.

Tahap sederhana pula adalah, keadaan sama seperti tahap ringan tapi mungkin lebih teruk kesan dia. Manakala, tahap teruk pulak adalah kulit rasa macam mencucuk-cucuk, terbakar, tegang dan gatal-gatal. Kesannya, kulit akan jadi kemerahan, keradangan dan menggelupas.

Orang yang mempunyai masalah kulit sensitif kena baca ini!
Orang yang mempunyai masalah kulit sensitif kena baca ini! Gambar carian Google.

Berikut merupakan trigger kepada masalah kulit sensitif, iaitu:

  1. Terdedah kepada sinaran UV dan radiasi fizikal.
  2. Perubahan cuaca dan suhu.
  3. Menggunakan bahan kosmetik atau shower foam yang tak sesuai.
  4. Pencemaran air.
  5. Stress.
  6. Gangguan hormon.

Yess, kalau cikla dah tentu no.6, gangguan hormon kan. No. 5 kadang-kadang. Hurmm, nak buat camne. Itulah salah satu dugaan yang kami pesakit tiroid nak tak nak kena terima.

Tip penjagaan kulit sensitif :

  1. Sebaiknya bersihkan muka sehari sekali. Dan kalau korang cuci muka time malam elok guna air sejuk.
  2. Sebaiknya guna cleanser tanpa wangian yang dihasilkan dari bahan semulajadi.
  3. Guna produk yang menyejukkan kulit korang, contohnya aloevera dan green tea.
  4. Rajinkan diri guna pelembap daripada minyak zaitun, kelapa dan mentega shea.
  5. Gunakan sunblock dari bahan mineral seperti zink oksida. 
  6. Minum air kosong secukupnya dan ambil makanan seimbang.

Kredit : Ruangan Sihat, Metro Ahad.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews