'santai tapi sampai'

Zaman sekarang ni kebanyakan suami isteri, ibu dan ayah berkerja. So , nak tak nak memang kena cari orang tukang jaga anak-anak yang boleh ...

Tip macam mana nak pilih pengasuh anak.

Zaman sekarang ni kebanyakan suami isteri, ibu dan ayah berkerja. So, nak tak nak memang kena cari orang tukang jaga anak-anak yang boleh 'membela' anak sepanjang ketiadaan mereka untuk pergi bekerja. 

Tapi, ada gak yang meminta 'pertolongan' nenek dan atuk menjaga cucu mereka. Hurmmm, bab ni kalau no choice, terpaksalah kan. 

Tapi, kalau boleh kita tak nak susahkan mereka. Dah la mereka bersusah payah jaga kita masa kecik dulu, la ni nak jaga cucu pulak. Bagilah 'can' dengan mereka rehat dan menikmati hari hari tua mereka dengan tenang. Hihi.

Jadinya, nak pilih pengasuh yang sesuai dan baik ni pun mestilah kena dengan caranya. Maklumlah, zaman sekarang ni macam macam kes kita dengar pasal kecuaian pengasuhlah. Itu belum lagi yang melibatkan kes penderaan. 

Huishh, seriau dengar kan. Iyelah, kita hantar anak kita dekat tempat mereka elok sihat, aktif, cergas, tup tup dapat berita anak dah 'takde'. Allahu.

Tip macam mana nak pilih pengasuh anak.
Tip macam mana nak pilih pengasuh anak. Gambar carian Google. 

Sebenarnya, ada beberapa hal yang para ibu dan ayah kena ambil kisah dan alert. Walaupun hal ni nampak macam remeh dan takde benda, tapi macam orang tua tua cakap, cegah sebelum kena. 

So, jom check apakah yang perlu dipertimbang sebaiknya sebelum menghantar anak kepada pengasuh. 

Pertama, keadaan persekitaran tempat pengasuh. Pastikan tempat itu selamat untuk anak kita nanti, termasuklah mempunyai ruang aktiviti yang selamat dan bersih. Selain itu, pastikan tempat itu tak crowded sebab mudah pengasuh nak memantau anak kita nanti.

Kedua, kenalpasti peribadi pengasuh tu macam mana. Adakah dia seorang yang selekeh, sombong, bercakap dengan kita pun macam nak tak nak je. Payah tau kalau pengasuh macam ni. Kita tanya sepatah dia jawab sepatah. Paling sadis, bila kita tanya dia tak jawab langsung. Haha. Masak wehh anak kita. So, amat penting mencari pengasuh yang berpenampilan bersih, mesra, bagi kerjasama dekat kita kalau timbul apa apa masalah dan yang paling penting bila bercakap dengan kita ada eye contact dan dia respon dengan apa yang kita tanya. 

Ketiga, sebaiknya carilah pengasuh yang berpengalaman dan semestinya layak memegang tanggungjawab menjaga anak kita nanti. Ciri ciri yang 'perfect' untuk seorang pengasuh yang baik adalah semestinya berpengalaman, boleh merancang aktiviti anak semasa mereka berada dalam jagaan dan tahu talian yang perlu dihubungi kalau berlaku kecemasan.   

Tip macam mana nak pilih pengasuh anak.
Tip macam mana nak pilih pengasuh anak. Gambar carian Google. 

Keempat, kalau pengasuh tu tinggal di rumah persendirian, maksudnya rumah dia sendiri dan bukan dekat pusat jagaan asuhan, pastikan korang tahu bilang ahli keluarga dia yang tinggal sekali dengan dia, dan kenal mereka. 

Kelima, kalau boleh pengasuh tu tak menjaga kanak-kanak lain lebih dari 3 orang termasuk anak korang sendiri. Bukan apa, kalau ramai ramai sangat takut pengasuh terlepas pandang ke anak kita. Lagi satu, faham-faham sajalah kalau budak dah ramai ramai kan. Dah tentu sentiasa riuh rendah kan. Manalah tau tetiba emosi si pengasuh tak stabil, haaa. Fikir fikirkanlah apa jadi kan.

Nauzubillah.

Kredit info : Kementerian Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

2 comments:

  1. Betul tu... Nak kena tahu juga cara-cara nak pilih pengasuh untuk anak-anak kita kan.. Terima kasih atas info ini ye.

    ReplyDelete
  2. yang ke5 tu penting sebab kalau pengasuh persendirian akan jaga lebih dari bilangan tu. Bila dah penat mula la nak marah sakan

    ReplyDelete