'santai tapi sampai'

Bila masuk je bulan September, inilah musim peperiksaan penting berlangsung. Adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR, SRA, UPKK dan PT3 d...

Meh baca 4 tip penting sebelum menghadapi peperiksaan.

Bila masuk je bulan September, inilah musim peperiksaan penting berlangsung. Adik-adik yang menjalani peperiksaan UPSR, SRA, UPKK dan PT3 dah boleh tarik nafas legalah kan sebab diaorang dah selamat menjawab dah. Semoga keputusannya cemerlang ye. InshaAllah, Aamin. 

Sekarang tiba turn adik adik SPM dan STPM coming soon tengah berdebar-debar tu nak hadap peperiksaan memasing. Dah ready ke tu? 

Uishhh, jangan pandang sebelah mata tau dengan exam SPM ni, sebab adik-adik wajib mendapatkan sekurang-kurangnya 3 kredit kalau berniat nak sambung pelajaran at least kursus kemahiran di masa depan. 

So, kenalah serius ye buat persediaan tak kiralah dari segi fizikal, mental, jasmani dan rohani. Barulah yakin dan bersemangat nak menjawab nanti.

Apa kata cikla share dengan adik-adik semua 4 tip yang korang boleh praktikkan untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Jom check!

Meh baca 4 tip penting sebelum menghadapi peperiksaan.
Meh baca 4 tip penting sebelum menghadapi peperiksaan. Gambar sumber Google.

Jaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia sebaiknya.

Apa kata mulakan hari, berpagi-pagi dengan membaca Al-Quran untuk keberkatan ilmu yang akan kita ulangkaji nanti sekaligus mendapat redhaNya. 

Lepas tu barulah baca buku dan buat ulangkaji pelajaran. Selain itu, wajiblah mentaati semua suruhanNya dan meninggalkan semua laranganNya. 

Lagi satu, solat jangan tinggal dan bermunajatlah kepadaNya. Lebih bagus topuplah dengan solat sunat. 

Selain itu, hubungan sesama manusia pun kena jaga gak. Elakkan bermusuhan sesama rakan dan orang sekeliling. 

Menghormati guru.

KIta wajib menghormati guru kita untuk mendapat keberkatan ilmu yang kita perolehi dari mereka. 

Kalau korang nak tau, para ulama Islam dedulu sangat mementingkan adab dengan guru dan menganggap kedudukan guru itu sangat tinggi dan mulia. 

Bahkan, setiap ucapan yang keluar dari mulut seorang guru itu adalah doa. 

Membuat latih tubi sekerap dan sebanyak yang boleh.

Selalunya membuat latih tubi soalan-soalan peperiksaan lepas, termasuklah cuba buat soalan trial semua negeri dan soalan-soalan ramalan para penggubal soalan. 

Kalau korang nak tau, dikatakan soalan peperiksaan ni akan sentiasa berulang selama tempoh lima tahun. 

So, tak perlu susah susah nak meramal soalan itu dan ini, just refer je soalan terdahulu . InshaAllah mesti boleh jawab punya. 

Buat nota ringkas.

Dah nak dekat-dekat ni kan tak payah nak buat nota panjang berjela. Buat pendek, ringkas tapi padat. 

Macam cikla dulu time dekat universiti suka buat peta minda. Just tulis point yang penting-penting je. Nak ingat pun senang.

So, all the best adik-adik semua. Semoga dipermudahkan urusan korang menjawab soalan exam nanti. 

Kredit Jash Jafri, Guru Pendidikan Islam, JB.

1 comment: