'santai tapi sampai'

Korang perasan tak kadang-kadang ada pengusaha kedai makan terutama yang bukan islam letak sign atau logo ' pork free ' (bebas khi...

Nak tau apa beza antara halal, no pork dan free pork? Meh baca perkongsian ni kalau nak tau!

Korang perasan tak kadang-kadang ada pengusaha kedai makan terutama yang bukan islam letak sign atau logo 'pork free' (bebas khinzir) dekat depan pintu kedai makan atau restoran mereka? 

'Taktik' mereka ni tak lain tak bukan tentunya nak tarik perhatian pelanggan terutama pelanggan beragama islam. 

Jujur tanya ni, korang tau tak apa maksud sebenarnya halal dan pork free atau no pork (tiada khinzir) ni? 

Apa yang pasti, ketiga-tiga term ni membawa maksud yang berbeza tau. Untuk pengetahuan korang, halal bermaksud satu bentuk pematuhan ketetapan dan hukum hakam mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak. 

Manakala, pork free pulak hanya satu bentuk pemberitahuan atau makluman yang kedai tu tak menjual makanan berasaskan daging khinzir. That's all! 

Tapi, masalahnya di sini bila dia tulis pork free, kita boleh nak anggap kedai tu sebagai menjual makanan yang halal. No, no, no! Status halalnya kita wajib ragui gaisss.

Nak tau apa beza antara halal, no pork dan free pork? Meh baca perkongsian ni kalau nak tau!
Nak tau apa beza antara halal, no pork dan free pork? Meh baca perkongsian ni kalau nak tau! Gambar sumber Google.

Banyak hal kita kena amik tahu, contohnya macam mana cara penyediaan makanan itu, bahan yang digunakan, cara penyimpanan bahan-bahan basah/mentah, termasuklah tempat memasak, tahap kebersihan dan apa-apa je yang berkaitan. 

Ini kerana, semua hal ini sangat berkait rapat dengan soal halal dan haram termasuklah hukum syubhah (ragu-ragu). 

Halal dengan haram dah sah-sah kita tahu jelas hukumnya, tapi kalau syubhah? Ini yang jadi masalah, sebab dia antara kedua-duanya, halal dan haram. 

Sebab itulah, dalam hal syubhah Rasullullah SAW sendiri telah menuntut kita supaya meninggalkan hal tersebut kerana kecenderungannya kepada haram hukumnya. 

So, lepas ni eloklah kita lebih alert. Lagi-lagi benda yang masuk kat dalam perut dan jadik darah daging. Penting sangat ni tau.

Kredit Ruangan Soal Jawab Agama, sisipan akhbar SINAR HARIAN.

2 comments:

  1. Betul2 kalau was2 better jgn makan. Pork free bukan maksud halal yeeeeee

    ReplyDelete
  2. Mudah2an kita lebih berhati2 apabila memilih makanan atau tempat nak makan

    ReplyDelete