'santai tapi sampai'

Ada orang tercari-cari kata-kata hikmah yang boleh memotivasikan dirinya supaya lebih kuat menghadapi dugaan yang datang. Kata-kata ini jug...

20 koleksi kata-kata hikmah KEHIDUPAN.

Ada orang tercari-cari kata-kata hikmah yang boleh memotivasikan dirinya supaya lebih kuat menghadapi dugaan yang datang. Kata-kata ini jugak membuatkan dia rasa macam ada 'orang' yang support dia. 

Meh cikla share dengan korang kata-kata hikmah yang ada dalam koleksi cikla. Sebelum tu, terima kasih kepada tuan punya kata-kata ni. Memang terbaik!

20 koleksi kata-kata hikmah KEHIDUPAN.
20 koleksi kata-kata hikmah KEHIDUPAN. Gambar carian Google. 

  1. Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu HEBAT. Tapi, kalau kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru HEBAT SANGAT.
  2. Bila tengok ke langit usah lupa pada bumi yang dipijak.
  3. Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok pula mengaku baik.
  4. Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.
  5. Tanpa mulut, lidah tak berfungsi. Tanpa lidah, mulut tak bererti.
  6. Kekuatan tak datang dari kemampuan fizikal, tapi ia datang dari semangat yang tak pernah mengalah.
  7. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur, sebab kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran, hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  8. Jadilah seperi pokok. Saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum.
  9. Sambutlah cinta Tuhan yang sentiasa dicurahkan pada hambaNya.
  10. Ada hikmah disebalik kata!
  11. Hidup tenang diperolehi kalau sentiasa bersama Allah, dan Allah hanya akan menyukai orang yang sentiasa membersihkan hatinya.
  12. Jika dunia ini hanya persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
  13. Jangan resah andai ada yang membencimu kerana masih ramai yang menyayangimu di dunia ini.Tapi. resahlah andai Allah membencimu kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat (Imam Al-Ghazali).
  14. Terkadang, Allah menghadirkan insan-insan baik di sekeliling kita, mungkin kerana mereka wasilah buat diri kita untuk terus tetap dalam membuat kebaikan.
  15. Kasihanilah musuhmu. Berbuat baiklah pada orang yang mrmbenci kamu. Mintalah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu.
  16. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan umpama buih-buih sabun yang boleh pecah bila-bila masa.
  17. Jangan takut dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita.
  18. Dugaan menjadikan mental kita kuat. Masalah  menjadikan kita berfikir. Huru-hara menjadikan kita tabah. Subhanallah, setiap aturan Allah ada hikmah yang tersembunyi.
  19. Hidup tidak boleh semata-mata berpandukan perasaan hati yang kadang-kadang boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan adalah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
  20. Satu-satu cara untuk lepas dari masalah adalah dengan mnghadapinya. 

Semoga bermanfaat!

3 comments:

  1. No. 8 tu kalau orang baling batu tak apa lah, kalau tebang terus hmmm syahduuuu

    ReplyDelete
  2. Suka yg 20. Sebab biasa hari2 jumpa benda baru. Nak taknak, nak tahu apa jadi, kene tempuh juga. Mcm dlm kerja.

    ReplyDelete
  3. Suka no.14. Thank you Allah sebab hadirkan orang yang baik2 si sekeliling kita. Kalau yg org jahat,maybe Allah nak suruh kita belajar sesuatu daripadanya dan cekal dalam hidup.

    ReplyDelete