Mungkinkah fenomena Husna berulang kembali? Jom tonton drama Cinta Bukan Kristal, slot Akasia TV3.

Uishh, apa ni? Tak habis-habis lagi kisah Husna ke? Kesian Husna. Move on please. Haha. Sebenarnya, cikla nk share drama terbaru slot Akasia TV3 yang sedang ditayangkan sekarang menggantikan drama meletup Jangan Benci Cintaku.

Cikla pun pelik sebenarnya. Kenapa jalan cerita drama sekarang lebih kurang sama. Kisah cinta 3 segi, kisah suami curang. Kisah orang ketiga ganggu rumahtangga. 

Adakah ia menjadi trend untuk melariskan drama atau memang realiti sekarang memang banyak berlaku kisah sebegini. Walau apapun, jadikanlah ia sebagai ikhtiar dan pengajaran untuk kita. Kita pandang dari sudut positif ye. Jangan nak tengok yang negatif aje. Hihi! 

Macam yang cikla cerita awal tadi, drama Cinta Bukan Kristal adalah drama terbaru yang menggandingkan ramai pelakon baru dan lama yang mantap dan hebat belaka seperti Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Noniswara dan Esma Daniel. Untuk memberi sedikit gambaran mengenai drama ni, jom baca sinopsis ringkas di bawah. 


Mungkinkah fenomena Husna berulang kembali? Jom tonton drama Cinta Bukan Kristal, slot Akasia TV3.
Mungkinkah fenomena Husna berulang kembali? Jom tonton drama Cinta Bukan Kristal, slot Akasia TV3. 

Tajuk : Cinta Bukan Kristal (28 episod). 
Waktu siaran : Isnin hingga Jumaat (6.59 malam hingga 7.59 malam). 
Barisan pelakon : Sharnaaz Ahmad (Adrian Hilman), Ayda Jebat (Aryana), Nina Iskandar (Sofea Darlyna), Raja Afiq (Syafiq), Dayana Roza (Ika), Nazrief Nazri (Faiz), Ayu Raudhah (Maksu Faridah), Fauziah Nawi (Opah Timah), Esma Daniel (Dato' Manan), Noniswara (Datin Mahani), Amanda Misbun (Syira). 

Sinopsis :

Cinta Bukan Kristal mengisahkan tentang konflik yang dialami oleh gadis kampung yang naif bernama Aryana lakonan Ayda Jebat. Semasa di kampung, Maksu Faridah iaitu makcik Aryana telah menghalang perhubungannya dengan Syafiq lakonan Raja Afiq, seorang pemuda kampung yang tidak bekerja dan dikatakan tak mempunyai masa depan. 

Maksu Faridah telah memaksa Aryana keluar dari kampung dan mengubah nasib diri dari kehidupan yang susah. Akhirnya, disebabkan dengan asakan serta pujukan makciknya, Aryana telah berhijrah ke Kuala Lumpur dengan tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. 

Bermula dengan bekerja di cafe, disebabkan satu insiden Aryana bertemu dengan Dato' Manan dan akhirnya dia dijadikan anak angkat oleh Dato' tersebut dan diberikan pekerjaan di syarikatnya. 

Aryana mula mengubah penampilan diri menjadi lebih bergaya dan cantik. Dia bertemu dengan Adrian Hilman lakonan Sharnaaz Ahmad dan jatuh hati dengan paras rupa, kesempurnaan dan kesenangan yang dimiliki oleh lelaki itu. 

Aryana bertekad untuk mendekati dan memiliki Adrian walaupun mengetahui lelaki itu sudah berkeluarga. Semakin hari, mereka semakin rapat dan akhirnya mereka couple tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah isteri Adrian. 

Uishh, biar betul. Laki orang kot. Anak dua pulak tu. Nekad sungguh si Aryana ni ehh! Walau bagaimanapun, Adrian adalah suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. 

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Memang kenalah kan. Lama-kelamaan, Sofea dapat menghidu perbuatan suami yang  bermain cinta dengan gadis muda. Bila mengetahui hal itu, dia tak mudah melatah dan bersabar. Bukan apa, dia nak tengok sejauh mana kesetiaan Adrian terhadap dirinya. 

Apakah kesudahan kisah cinta tiga segi ni? Nak tau, mestilah tengok sampai last episod. Lagipun, cerita ni belum klimaks lagi. Baru intro, suam-suam kuku gitu. Haha. 

Tapi, cikla teringat satu kata-kata yang diucapkan oleh salah seorang pelakon dalam drama ni (cikla tak ingat siapa), "Jangan bina kebahagiaan di atas kesedihan orang lain." Betul sangatlah tu! 

Bagi cikla, hidup ini ada karmanya. Apa yang kita lakukan pada orang lain, tak mustahil ia akan berlaku pada diri kita pulak. 

Bak kata orang putih, 'What you give, you get back!'

Kredit sinopsis SINI 

2 comments:

  1. niena iskandar ni tak penat ke berlakon watak isteri teraniaya? Hahaha taknak dah tengok drama cinta bersegi ni, boleh murung kak

    ReplyDelete
  2. Haha kan? Trend rampas laki org ke sekarang. Setakat ini Safiena masih belum terjebak menonton drama ini hihihi
    https://safienatidlywinkle.com/2018/09/01/a-mothers-love-is-soft-and-also-fragrant/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.