'santai tapi sampai'

Bagi seseorang pesakit tiroid, tak kiralah sama ada hipertiroid atau hipotiroid pengambilan ubat amat penting. Bagi pesakit hipertiroid, mer...

Tip yang bagus untuk mengambil ubat tiroid tak kira thyroxine atau carbimazole.

Bagi seseorang pesakit tiroid, tak kiralah sama ada hipertiroid atau hipotiroid pengambilan ubat amat penting. Bagi pesakit hipertiroid, mereka biasanya akan diberi ubat carbimazole di samping proponolol. 

Manakala, bagi pesakit hipotiroid mereka akan diberi ubat thyroxine atau L-thyroxine. Sama je tu, cuma nama je lain-lain. 

So, cikla nak share tip yang bagus untuk mengambil ubat tiroid supaya ubat yang dimakan itu akan diserap dengan berkesan. 

Tip yang bagus untuk mengambil ubat tiroid tak kira thyroxine atau carbimazole.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Cikla nak tanya korang sekali lagi. Korang hyper ke hypo? 
Kalau korang adalah hypo dan mengambil thyroxine, so apa yang korang kena tahu, thyroxine memang kena ambil sebelum sarapan pagi ketika perut kosong. 

So, ia perlu diambil 30 minit hingga 60 minit sebelum sarapan dan perlu diambil 4 jam sebelum atau selepas ubat-ubatan yang mengganggu penyerapannya (i.e; besi, kalsium, antacid, dll.). 

Kalau korang jenis yang suka minum minuman berkafein semasa sarapan, korang kena tunggu at least 4 jam selepas mengambil thyroxine untuk penyerapan berkesan.

Kalau korang adalah hyper yang perlu mengambil carbimazole, ubat ini selalunya diambil selepas makan. 

Tapi, kalau korang nak ambil sebelum makan pun boleh juga. Ambil ubat secara konsisten, dan jika korang membuat ujian darah yang terbaru dan keputusan ujian itu cantik dan cun melecun bacaannya, itu maknanya time atau masa korang makan Carbimazole sebelum sarapan tu berkesanlah. 

So, korang boleh proceed dengan waktu makan ubat macam tu. Cumanya, mereka yang hyper ni ada yang kena ambil ubat dua kali sehari.

Tapi, kalau korang ada gastrik, carbimazole elok diambil selepas makan sebab kalau diambil sebelum sarapan, kena tunggu sejam baru boleh sarapan. Nanti perut berbunyi pulak main irama lagu dangdut  putar-putar dua jari pulak kang. Haha. 

Apa korang kena tahu, pengambilan ubat yang betul adalah penting untuk memastikan ubat yang dimakan tu diserap dengan baik dan berkesan! Barulah bacaan darah berikutnya cantik jelita ye. 

#tiroiddanandaori

2 comments: