Memang tak dinafikan sesetengah wanita mempunyai kulit kusam walaupun wajahnya bebas dari jerawat atau jeragat. Kulit kusam akan menjadikan muka nampak lebih pucat, tak fresh dan lesu.
So, keadaan ini sekaligus buat wanita itu nampak tak menarik. Agaknya, apalah sebab dan puncanya ye.
Sebenarnya, ada beberapa sebab yang menjadi punca keadaan ini berlaku. Antaranya:
- Tabiat pemakanan yang tak sihat. Apa yang terbaik, elak dari memakan makanan ringan dan berminyak.
- Kurang rehat juga menjadi salah satu punca. Apa yang mungkin korang tak tahu, keletihan melampau juga menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas.
- Kadang-kala, penggunaan komestik yang tak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan kulit kusam malah masalah lain juga. So, pastikan korang bijak memilih produk yang sesuai dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya. Gunakanlah yang semulajadi. Itu lebih selamat kan!
- Mereka yang kurang minum air juga boleh menyebabkan kulit kusam selain dari dehidrasi. Rasanya semua orang tahu kot akan kepentingan air putih yang memang penting untuk badan kita selain dari memberi kelembapan semulajadi ada kulit korang. So, minumlah air secukupnya.
- Kalau korang nak tahu, mendapat tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan secara keseluruhannya. Kurang tidur bukan saja menjejaskan kesihatan malah mempengaruhi kecantikan kulit juga. Kulit akan jadi lebih kusam dan pucat, pakej sekali mata panda sekali pulak tu. Huhu!
- Stress, stress, stress! Memang tak dinafikan kadang kala kita tak dapat nak mengelakkan diri daripada merasa stress. Itu lumrah sebagai manusia biasa. Apa yang penting, kita yang kena bijak menguruskannya. Lagipun, semakin kita stress dikatakan ia akan menyebabkan minyak diproduksikan dengan lebih banyak.
Untuk mengatasi masalah kulit kusam ni, mungkin korang boleh try salah satu dari tip berikut:
- Cuci wajah secara teratur terutama jika korang seiring mengenakan solekan di wajah. Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap. Nanti masalah kulit kusam tak settle, masalah lain pulak timbul. Lagi haru!
- Minum air putih secukupnya sekurang-kurang yg 2 liter sehari supaya kulit korang kekal lembap dan sihat secara semulajadi.
- Kalau boleh, elak dari mengambil minuman manis dan berkafein sebab ia menjadi salah satu sebab kulit kering juga.
- Kalau korang ada masa terluang, bersenamlah. Bersenam ternyata amat baik untuk kesihatan malah kecantikan juga. Pilih senaman yang sesuai dengan kemampuan korang.
- Jangan lupa pakai pelembap terutama selepas korang mencuci wajah sebab ia membantu merawat kulit kering supaya kekal lembap terutama mereka yang sering terdedah kepada aircond.
- Walau sesibuk manapun, dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Mungkin korang tak tau, dengan tidur yang cukup ia dapat membantu kulit menghasilkan sel kulit yang baru. So, kulit akan nampak lebih berseri. Oh ye,lagi satu tak mau stress stress!
- Kalau korang rajin sikit, buatlah masker kubis. Ia dikatakan bagus untuk merawat kulit kusam dan kering. Caranya mudah, ambil kubis secukupnya dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, oleskan pada muka dan leher. Lakukan dengan konsisten, InshaAllah hasilnya pasti tak mengecewakan.
Kredit Ruangan Sekilas Cantik.
Kulit ni kalau nak jaga dari dalaman , bukan luaran je
ReplyDeletesaya sedang mengalami masalah kulit usam ni. masalah kulit kusam ni buat saya nampak tua dan nampak tak berseri. thanks sharing
ReplyDeletesy tak tahu kulit sy kategori ape
ReplyDeleteAdoi.. part senaman tu yang susah nak buat.. kikiki..
ReplyDeletegood info :)
ReplyDelete