Ececeh, dengar cantik je terus bulat mata eh. Betullah tu. Siapa aje tak nak cantik, nak-nak pulak dengan cara yang sangat senang. Tak payah nak perabis duit berkoyan-koyan nak beli produk mengarut semata-mata nak cantik.
Apa yang penting, sabar dan yakin dengan hasil yang bakal kita perolehi. Lagipun, yang penting ia semulajadi dan selamat!
Memang banyak makanan semulajadi yang boleh kita makan untuk cantik. Salah satunya pisang. Ni apasal asyik cerita pasal pisang je ni? Haha.
Entah, yang cikla tau pisang memang bagus! So, korang nak tau tak macam mana pisang boleh membantu korang jadi cantik secara semulajadi? Jom baca sampai habis.
Untuk pengetahuan korang, pisang memang kaya dengan vitamin dan zat yang penting untuk badan kita.
Malah, pisang dikatakan mengandungi lebih kandungan zat dari buah epal sebab ia dapat memberikan tenaga dengan cepat.
Selain itu, pisang juga kaya dengan mineral seperti kalium, magnesium, fosfur, besi dan kalsium di samping ia mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang aktif sebagai neurotransmitter dalam kelancaran fungsi otak. Banyakkan zat yang ada dalam pisang!
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Kalau korang nak tau, kandungan vitamin dan mineral yang ada dalam pisang sangat baik untuk kecantikan kulit muka. 3 kelebihan pisang untuk cantik adalah seperti berikut, iaitu:
Menghaluskan kulit muka.
Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kering dan kasar, apa kata korang cuba rawat kulit muka korang tu dengan pisang. Caranya? Senang je.
Ambil pisang yang telah dibuang kulitnya, kemudian lenyek pisang sampai lumat. Kemudian, tambah satu sudu madu dan gaul rata. Lepas tu?
Apa lagi. Sapukanlah adunan korang tu pada muka. Buat macam pakai masker. Nak hasil terbaik, korang buatlah secara rutin dan konsisten sehingga kulit muka korang tu rasa lebih halus dan lembut.
Mencerahkan wajah.
Siapa saja yang tak nak kulit muka yang putih, mulus dan cerah man. Lagi pula, tak payah nak pakai produk mengarut. Guna yang semulajadi pun dah ok dah. Janji rajin nak buat. Itu je rahsianya. Caranya?
Buat je masker pisang. Step sama je macam kat atas tu. Tapi nak buat pisang kosong je pun boleh aje.
Menanggalkan sel kulit mati.
Sel kulit mati yang berkumpul di wajah akan menjadikan kulit muka kita nampak kusam, kotor dan berminyak tau!
So, apa kata korang guna pisang untuk nyahkan sel kulit mati yang 'mencacatkan' wajah tu? Caranya? Senang je, ambil pisang.
Lepas tu lenyek sampai halus, kemudian oleskan pada muka. Gosoklah sikit-sikit pisang tu pada muka. Lepas tu, biarkan ia kering sendiri sebelum dicuci bersih dengan air.
Senang je!
Kredit Ruangan Sekilas Cantik.
good sharing
ReplyDeleteterbaek.. suka makan pisang :)
ReplyDeleteumah aida kerap beli pisang.
ReplyDeletesebab utama, Izzat sgt suka makan pisang.
kekadang hajat nak buat pengat pisang.
tetiba abis pisang Izzat ngap.
bagus tips ni. mudah!