'santai tapi sampai'

Macam biasa, masuk je bulan 8, rasanya banyak peperiksaan besar yang akan berlangsung. Biasanya peperiksaan percubaan kan, tak kiralah untu...

6 tip berguna sebelum menduduki peperiksaan.

Macam biasa, masuk je bulan 8, rasanya banyak peperiksaan besar yang akan berlangsung. Biasanya peperiksaan percubaan kan, tak kiralah untuk SPM ke, PT3, UPSR dan lain-lain. 

Anak cikla sendiri tu pun baru darjah 2 pun rasanya minggu depan dah start peperiksaan UPP2 (Ujian Penilaian Penggal 2).

So, biasanya. Bila dah tiba musim peperiksaan ni macam-macam ragam kita tengok anak-anak kita ni. Ada yang memang dah siap sedia dari awal dah dengan preparation yang rapi. Cukup ulangkaji, buat latih tubi, sesi hafal menghafal dan sebagainya.

Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang masih lagi tak sedar diri dan syok goyang kaki? Bila dah tiba masa nak periksa, mulalah kelam-kabut, cuak, nak pitam, mabuk laut. Pendek kata semua penyakit timbul! Haha, itulah bahana study last minute kan! 

So, bagi mereka yang mungkin berada dalam situasi begini jangan risau. Cikla nak share 6 tip yang mudah untuk korang. Korang try lah at least satu tip sekalipun. Manalah tau berkesan kan.

6 tip berguna sebelum menduduki peperiksaan.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Perkara pertama yang korang kena buat adalah, relaks dan positif. Sebab apa? Sebab, ia penting untuk menghindarkan kita dari rasa stress. So, bila kita tak stress dan tenang je, semua hal boleh dilakukan dengan baik. 

Jagalah hubungan korang dengan orang sekeliling, termasuklah dengan Allah. Yakin dan tetapkan pendirian diri. Jangan fikir banyak sangat. Just chill dan percaya dengan kebolehan diri.

Kedua, kenal pasti apakah kelemahan korang dan fokus pada kelemahan tersebut. Kalau nak ulangkaji semua bab macam mustahil je kan, memandangkan masa pun agak singkat so, just concentrate pada bab yang korang rasa korang tak boleh catch up

Banyakkan buat latihan. Jangan fikir bab itu masuk periksa ke tak. Setidaknya korang dah fokus dan rasa lebih bersedia. Betul tak?

6 tip berguna sebelum menduduki peperiksaan.
6 tip berguna sebelum menduduki peperiksaan. Sumber Google. 

Ketiga, bentuk satu kumpulan untuk ulangkaji. Cikla rasa cara ni memang sangat efektif sebab selain boleh berkongsi ilmu, korang jugak boleh bertukar-tukar kefahaman korang tentang sesuatu bab yang korang tak faham. 

Buat key point untuk subjek yang lebih kepada fakta atau pembacaan. Tapi, korang kena ingat. Dalam group tu tak perlulah ramai-ramai. 4 hingga 5 orang pun dah ok dah. 

Nanti ramai-ramai bukan nak belajar, membawang pulak jadinya. Haha.

Lagi satu, kalau tak buat secara berdepan pun takpe, buat online pun dah ok dah. Contohnya, buat group whatsapp ke. Paling tidak pun korang boleh fokus dan elak dari bersembang hal yang tak penting. Fokus!

Keempat, ulangkaji soalan-soalan lepas sebab format dan bentuk soalan pun akan lebih kurang sama je. So, sekurang-kurangnya korang akan dapat gambaran untuk peperiksaan yang korang akan duduki nanti. 

Kadang-kadang, maksud soalan lebih kurang sama, mungkin bentuk penyampaian soalan tu berbeza. Biasalah kan, trick tu!

Kelima, buat nota ulangan sebab ia penting untuk menguatkan ingatan kita terutama bagi subjek yang melibatkan banyak pembacaan dan nota. Kalau perlu, buat teknik hafalan untuk lebih efektif.

Keenam, jangan abaikan masa tidur korang. Banyakkan rehat. Ini juga penting untuk mengelakkan korang lesu masa peperiksaan nanti. 

So, sia-sia sajalah korang belajar bagai nak rak, at last semuanya sia-sia dek kerana korang terlalu letih sampai terlupa dan hilang tumpukan semasa berada dalam dewan peperiksaan. 

Ingat! Study smart not study hard!

Kredit Ruangan Kampus Uols.

9 comments:

  1. dulu selalu jugak study last minute. kalau nakapa yang dibaca tu senang ingat sebb study last minute, hati kena tenang baru boleh fokus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada org suka mcm tu. Tapi, mmg kena struggle sikit lah nk catchup subjek terutama yg lemah.

      Delete
  2. tips yang bagus,, nanti boleh lah ekin guna bila exam nanti :)

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang tak perlu cari masa buat study group pun. Study guna whatsapp pun membantu sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tp kena pandai manfaatkan sebaiknya. Jgn membawang pasal Shah fika husna pulak. Haha

      Delete
  4. dah lama tak exam2 nih.. tapi since today depa dah launch Shaklee Academy kena masuk exam gak hihi. tq tips :)

    ReplyDelete
  5. terbaek tips ni :) satu lagi pastikan dah makan. takut masa exam perut lapar.. hehe

    ReplyDelete
  6. yes betol tu cikla.
    hmmmm aida ni pantau anak-anak study for exam.
    non-stop every year :( hi hi hi hi

    ReplyDelete