'santai tapi sampai'

Cikla ada membaca satu kisah yang pada cikla sangat mendalam maknanya. So, cikla nak share dengan korang pulak. Jom baca dan cari maksud t...

Jom baca ini : Hakikat SPM.

Cikla ada membaca satu kisah yang pada cikla sangat mendalam maknanya. So, cikla nak share dengan korang pulak. Jom baca dan cari maksud tersirat di sebaik penceritaan ini.

Jom baca ini : Hakikat SPM.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Begini...

"Puan, dah pernah ambil SPM?"

Tanya ustaz  ketika di dalam kelas Taddabur Quran bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya.

"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"

Jawab saya yakin.

"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali tak?"

Tanya ustaz lagi.

"Taknaklah ustaz"

Jawab saya ringkas. Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni.

Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.

"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki SPM kedua. Bezanya, ujiannya adalah sepanjang kehidupan kita namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.

Itulah dia, Sijil Padang Mahsyar (SPM). Bila tarikhnya tidak diketahui. Buku rujukannya adalah Al Quran. Ujiannya sepanjang kita berada di dunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal."

Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.

Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap.

"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.

Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu kemana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan syurga dan neraka yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.

Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia. Hantar anak tuisyen, panggil lagi guru datang ke rumah. Tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul.

Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk  mendapatkan keputusan yang baik didalam SPM akhirat kelak?

Maksud Al Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna, sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi di sana nanti"

Allahuakbar,  kata-kata ustaz bagai satu pukulan ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam! Saya adalah guru. Yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!

Ustaz kemudiannya bertanya kami semua,

"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM? Masing-masing beratur dengan berdebar. Ahli keluarga ibu bapa semua tunggu di belakang. Menunggu giliran anak-anak, mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?

Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil keputusan SPM di akhirat?"

Al- Inshiqaq : 7
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya.

Al-Inshiqaq : 8
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan.

Al-Inshiqaq : 9
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

Al-Inshiqaq : 10
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya.

Al-Inshiqaq : 11
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.

Al-Inshiqaq : 12
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

Al-Inshiqaq : 13
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! 

Al-Inshiqaq : 14
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)! 

Al-Inshiqaq : 15
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isi kandungan buku kerana takutkan mereka gagal dalam peperiksaan. Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham Al Quran, walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran api neraka.

Analoginya mudah. Tak baca atau faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang. Tak baca atau tak faham Al Quran, mana mungkin masuk syurga Allah dengan senang.

Deep!

Kredit Prof Ajmain (UTM). Sumber WhatsApp group.

3 comments:

  1. semoga sentiasa mendapat keberkatan dariNya untuk lulus SPM di sana nanti.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Mudah2an SPM akhirat kita dapat yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. hahaha sama lah taknak repeat dah SPM walaupun hangkang

    ReplyDelete