Main Naa Bhoolungi : Antara cinta, pengkhianatan dan dendam. Drama Hindi terbaru yang korang mesti tengok di slot Sonia TV3.

By Cikla Shahril - August 20, 2018

Drama Hindi terbaru yang sedang bersiaran di slot SONIA TV3, Main Naa Bhoolungi ni best juga menggantikan drama Razia Sultan. Razia Sultan pun seingat cikla sudah 2 kali ditayangkan. 

Drama Main Naa Bhoolungi atau dalam bahasa melayunya Aku Takkan Lupa (I won't forget) ini pada cikla mempunyai jalan cerita yang agak menarik. Cikla memang tengok drama ni dari awal ia disiarkan lagi.

Pelakon drama ni memang cikla tak pernah tengok diaorang berlakon pun sebelum ni dan tak kenal pun siapa mereka ni. Haha. 

Biasa kalau Bollywood ni pelakon filem kenal jugalah. Macam Kajol, Shah Rukh Khan, Salman Khan dan ramai lagi. Tapi, pelakon drama Hindi agak kurang familiar dipandanganku ini. Hehe! 

Pelakon utama drama ini adalah Aishwarya Sakhuja yang melainkan watak Shika Gupta. Beliau dulunya seorang model yang menjadi seorang pelakon. Berketinggian 1.74 m, beliau juga pernah tampil dalam beberapa TV Show di India. 

Selain dari Aishwarya Sakhuja, pelakon lain yang berlakon dalam drama ini adalah Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Bhutan Chopra, Anang Desai, Papiya Sengupta dan Nigaar Khan. 

Aduh, siapalah mereka ini. Memang tak kenal sungguh! Kalau korang nak stalk IG Aishwarya Sakhuja ni klik SINI.

Episod pertama cikla tak tengok sangat. Part macam mana si Sameer ni boleh kenal si Shika ni cikla tak faham. Yang cikla tengok kalau tak salah, adik Shika masukkan nama Shika salah web mencari jodoh kan. 

Since dari itu, si Sameer ni wujud. Episod hari ni dah suspen dah. Cubaan kali kedua si Sameer tu nak bunuh Shika. 

Sameer berjaya dengan rancangannya tapi dia tak tahu si Shika tu terselamat sebenarnya. Dah dah, jom baca sinopsis ringkas mengenai drama ni.

Main Naa Bhoolungi : Antara cinta, pengkhianatan dan dendam. Drama Hindi terbaru yang korang mesti tengok di slot Sonia TV3.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Drama Main Naa Bhoolungi mengisahkan tentang seorang gadis bernama Shika Gupta  lakonan Aishwarya Sakhuja yang mula berkenalan dengan seorang lelaki bernama Sameer Verma lakonan Vikas 

Manakala. Perhubungan mereka semakin lama menjadi semakin rapat akhirnya mereka jatuh cinta dan berkahwin. 

Pada awal perkahwinan mereka semuanya indah dan bahagia, tapi hakikatnya si Sameer itu ada agenda tersembunyi yang tidak diketahui oleh Shika. 

Rumahtangga mereka yang dibina di atas penipuan si Sameer itu diserikan lagi dengan kelahiran anak mereka, Manav.

Kebenaran akhirnya terbongkar sedikit demi sedikit tapi berjaya disangkal oleh Sameer atau nama sebenarnya Aditya Jagannath. 

Sameer berjaya 'membunuh' Shika dengan menolaknya ke jurang tetapi Shika berjaya diselamatkan oleh orang kampung. 

Rupanya, si Sameer tu dah kawin dengan perempuan bernama Madhu. So, yang menjadi mastermind merancang untuk membunuh Shika adalah isteri Aditya/Sameer ni lah.  

Tapi, itulah. Part ni yang cikla tak faham, kenapa bini si Sameer tu nak bunuh si Shika tu. Dia kenal ke dengan si Shika tu? Emmm.

So, beberapa lama selepas itu, Shika kembali mencari Aditya/Sameer untuk membalas dendam dan merampas kembali anaknya Manav. 

Dia menggunakan nama Samaira Seth dan menukar penampilan dirinya menjadi lebih cantik dan bergaya berbanding dulu. Dia berjaya mencari Aditya dan berjaya membuatkan Aditya jatuh cinta dengannya. 

Berjayakah Shika membalas dendam pada Aditya dan Madhu? Apa pula kaitan mereka-mereka ini dengan kehidupan lalu Shika? 

Main Naa Bhoolungi : Antara cinta, pengkhianatan dan dendam. Drama Hindi terbaru yang korang mesti tengok di slot Sonia TV3.
Pelakon Aishwarya Sakhuja melakonkan watak Shika Gupta/Samaira Seth. Main Naa Bhoolungi : Antara cinta, pengkhianatan dan dendam. Drama Hindi terbaru yang korang mesti tengok di slot Sonia TV3. 

Nak tau apa kesudahannya, kenalah tengok sampai habis. Tapi, kalau korang tak sabar nak tunggu setiap episod di TV, korang boleh je cari dekat YouTube. Lagipun drama ni release tahun 2013 di India dan habis ditayangkan pada tahun 2014. 

Memang panjang drama ni. Cuma di Malaysia je drama ni baru ditayangkan. Lambat sikit sampai sini.

Selamat menonton!

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. alaaa Sultan Razia da habes eh.. x follow dok tngk sessekali hehe.. hero dia hensem gak =D

    ReplyDelete
  2. saya pun tgk jugak crita nii.. tak sabar nak tahu apa motif sebenar dia nak bunuh shika..

    ReplyDelete
  3. Haha..tula..cite dia xla menarik sgt, tapi nak tau motif knp nak bunuh si shika tu. Aish..panjang lg la citenya 😂

    ReplyDelete
  4. kadang2 je tgk ni. hehe

    ReplyDelete
  5. Ada di youtube cuma subtitle tiada saya tak faham langsung hahaa..mcm mana la mau tau jalan ceta dia..ada suggest ka?

    ReplyDelete
  6. Mak aku tiap2 ari mesti tgk..Huhu

    ReplyDelete