'Santai Tapi Sampai'

27 April 2014

Oh Suami, bila isteriku hamil.

Selalunya cikla kongsi tips untuk para isteri. Tapi kali ni cikla nak kongsi tips untuk encik suami plak. Manalah tau ia berguna kan, terutama pada suami-suami yang baru jadi daddy. 

Hakikatnya, bila seorang suami tau yang isterinya hamil hasil benihnya gembira hati tak terkira kan? Lagi-lagi, kalau first baby. Memang excited giler. 

Tapi dalam-dalam excited dan tak sabar tu mesti ada rasa debar-debar dan persiapan sebelum dan selepas isteri deliver baby. 

Cikla nak share beberapa tips untuk encik suami bila isteri hamil iaitu, sentiasa buat isteri rasa tenang supaya dapat rehat dan tidur yang cukup. Sentiasa bersiap layan kerenah isteri. 

Maklum, kekadang orang mengandung ni macam-macam kerenahnya. Mengidam itu ini. Jadi, siap sedia ye tuan!

Selain tu, suami mestilah sentiasa tunjuk rasa bahagia pada janin dalam kandungan isteri. Berbuallah dengan baby sebab tu salah satu sokongan mental untuk senangkan hati isteri. 

Lagipun, isteri hamil perlu lebih kasih sayang dan perhatian lebih dari biasa. Haa, jangan lupa puji isteri bahawa dia tetap cantik dan menarik walaupun perut dah memboyot. Mesti berbunga-bunga je hati isteri tau. Senyum lebar je dia.

Bantu ringankan keluhan isteri dengan urut belakang isteri. Orang bila mengandung biasalah lenguh sana sini. Jadi inilah masa nak ambil berat lebih skit. Tak salah pun kan. 

Bagi cikla yang paling penting sokongan semasa isteri melahirkan nanti. Kalau boleh masa isteri bersalin masuk sekali dalam labour room tu. Bagi kata semangat dan saksikan macam mana sukarnya isterimu melahirkan zuriatmu.

Moga bermanfaat.

2 comments:

  1. Assalamualaikum CikLa, tersengih sheila baca entri ni... Allahuakbar. Alhamdullilah.. selepas setahun 3 bulan, baru dapat merasai pengalaman kali kedua ni.. syukur sangat. Tak sabar dah nak bersalin bulan Mei ni. hihihiiii singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sheila.. btw tq sbb sudi singgah ye.. akk pn tgh mgndung anak ketiga.. due bln 9 nnti... pe2 akk doakan sheila dn baby slmt ok. Bykkan doa.... amin...

      Delete